Saturday, 15 December 2018
Laporan dan poster kumpulan 7
Sila klik link di bawah untuk melihat laporan kumpualn.
https://drive.google.com/file/d/1gm5ltrJFmqyJzHlZsUI5RDW7m9KK1
gaa/view?usp=sharing
Bab 12 : Sekolah Dan Persekitaran
NAMA : FATIN NURSYAHIRAH BINTI IDRIS
NO MATRIK : 971129017172
KOS : AT-12 IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN (FIZIK) DENGAN KEPUJIAN
FAKULTI : FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK
Bab 12 :
Sekolah Dan Persekitaran
1. PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi
Keempat, sekolah merupakan tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima
dan memberi pelajaran. Pengertian
Sekolah adalah suatu lembaga yang digunakan untuk kegiatan belajar bagi para
pendidik serta menjadi tempat memberi dan juga menerima pelajaran yang sesuai
dengan bidangnya. Sekolah menjadi salah satu tempat untuk mendidik anak-anak
dengan maksud untuk memberikan ilmu yang diberikan supaya mereka mampu menjadi
manusia yang berguna bagi bangsa dan juga negara.
2. ISI PENTING
Tiga
perkara penting yang saya dapat pelajari dari topik ini adalah persekitaran
fizikal, persekitaran psikososial, peranan ibu bapa dalam membantu sekolah dan
peranan sekolah dan masyarakat. Persekitaran sekolah penting untuk
membangkitkan semangat motivasi pelajar untuk datang ke sekolah, selain iklim
sekolah yang harmoni. Persekitaran fizikal mempunyai ciri-ciri tersendiri.
Antaranya adalah mempunyai reka bentuk fizikal yang menarik, sumber bahan
pembelajaran yang banyak, pencahayaan yang bagus, dan kebersihan yang sentiasa
dititikberatkan. Persekitaran psikososial pula adalah mempunyai suasana yang
selesa dan mesra, suasana yang dapat merangsang pembelajaran, menggalakkan
pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama kepada pelajar lain.
Ibu bapa merupakan ‘role model’ kepada pelajar, dan merupakan orang yang
paling hampir atau rapat dengan pelajar. Ibu bapa mempunyai peranan mereka yang
tersendiri dalam membantu sekolah dalam proses membentuk sahsiah dan akademik
anak mereka. Sekolah dan ibu bapa mempunyai hubungan yang membolehkan pihak
sekolah memberikan info terkini tentang pelajar-pelajar melalui Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG). Selain itu, ibu bapa perlulah aktif dalam membantu pihak
sekolah mengawasi aktiviti pelajar selepas waktu persekolahan. Ibu bapa juga
perlu sentiasa peka dengan info yang disampaikan oleh pihak sekolah dan
membantu pihak sekolah dengan sebaiknya. Justeru itu, ibu bapa perlulah memberi
kerjasama dengan sebaiknya kepada pihak sekolah dalam membantu membentuk
generasi pelajar yang berjaya.
Sekolah telah menjadi agen yang terbaik dalam membentuk pelajar yang
menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran. Sekolah mementingkan
perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak
masyarakat. Di samping itu, sekolah melibatkan proses sosialisasi di mana
pelajar belajar daripada masyarakat dan sekelilingnya, dan mereka menjadikan
pelakuan tersebut sebahagian daripada mereka. Pendidikan dianggap suatu proses
membentuk manusia berfikir secara kreatif dan kritis.
3. KESIMPULAN
Kesimpulannya,
peranan ibu bapa, guru, sekolah dan juga masyarakat penting dalam membentuk
sahsiah, akhlak dan akademik para pelajar. Selain itu juga, persekitaran
merupakan perkara penting dalam merangsang minat pelajar untuk datang ke
sekolah seterusnya untuk belajar dengan suasana yang harmoni.
Bab 13 : Pengurusan Alam Pembelajaran
Bab 13 :
Pengurusan Alam Pembelajaran
1. PENDAHULUAN
Menurut Muhammad Fathurrohman
(2017), belajar merupakan konsep yang tidak dapat dihilangkan dalam proses
belajar mengajar (pembelajaran). Pembelajaran adalah proses interaksi antara pelajar
dan sumber belajar pada suatu lingkungan belajar. Menurut James Ang Jit Eng
(2014), pengurusan merujuk kepada cara memudahkan, cara mengendali atau
mengawal sesuatu perkara ataupun kumpulan manusia demi mencapai maklumat. Oleh
itu, pengurusan pembelajaran adalah cara mengendali pelajar melalui interaksi
antara guru dan pelajar.
2. ISI
PENTING
Tiga isi penting yang saya pelajari
dari topik ini adalah persediaan alam pembelajaran, teknik mengajar dan
kepentingan perancangan pembelajaran dan pengajaran. Persediaan alam
pembelajaran mempunyai dua komponen iaitu, persediaan sebelum mengajar dan
persediaan semasa mengajar. Persediaan sebelum mengajar, guru perlulah bersedia
menyediakan bahan mengajar yang dapat membantu pelajar memahami topik
pengajaran yang diajarkan. Selain itu, guru juga perlulah bersedia dengan rekod
aktiviti atau pengajaran yang akan dijalankan di dalam kelas dan mencapai
objektif yang dimahukan. Persediaan sebelum mengajar ini penting supaya guru
menyediakan diri untuk mengajar pelajar dengan sebaiknya.
Teknik mengajar
mempunyai empat komponen penting iaitu, komunikasi dua hala, penggunaan alat
bantu mengajar, nilai murni dan penggunaan bahasa asing. Komunikasi dua hala
ini penting supaya guru dapat menyampaikan pembelajaran dengan lebih berkesan
dan tepat. Selain itu, komunikasi dua hala ini dapat mengenalpasti kelemahan
dan kekuatan pelajar dalam sesuatu matapelajaran yang diajarkan. Penggunaan
alat bantu mengajar dapat menarik minat pelajar untuk fokus dalam pembelajaran
mereka. Seterusnya, dapat melahirkan pelajar yang celik IT. Nilai murni pula
dapat membentuk sahsiah pelajar yang baik. Penggunaan bahasa asing pula penting
supaya dapat memberikan pendedahan kepada pelajar untuk belajar bahasa ketiga.
Perancangan
pembelajaran dan pengajaran dilakukan untuk menepati objektif dan matlamat yang
hendak disampaikan. Selain itu perancangan ini juga dapat memberikan kepada
guru idea untuk lebih kreatif dan kritis dalam menarik minat pelajar untuk
belajar di dalam kelas.
3. KESIMPULAN
Kesimpulannya,
pengurusan alam pembelajaran amat penting dalam memberikan penyediaan kepada
guru untuk berfikir secara kreatif dan kritis untuk merancang pengajaran yang
menarik. Selain itu, dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam akademik mereka.
Bab 11 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
Bab 11
Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
BAB 11 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
I . PENGENALAN
Semua
pelajar berhak mendapat layanan yang samarata dengan menyediakan perkhidmatan
yang berkualiti untuk pelajar dengan keperluan khas agar mereka mendapat
pendidikan yang sempurna membolehkan mereka menjadi seorang insan yang
berdikari, berjaya dalam kehidupan, dan memberi sumbang bakti kepada masyarakat
dan negara.
II. ISI PENTING
·
Terdapat
pelbagai kategori pelajar khas dikelaskan mengikut keistimewaan mereka dengan
beberapa syarat yang menepati ciri-ciri mereka untuk membolehkan mereka menerima
pendidikan khas di sekolah
·
Susunan
bilik darjah serta perabot memainkan peranan penting supaya mewujudkan suasana
sejahtera dan selesa untuk pelajar menerima segala pembelajaran mereka
disekolah
·
Guru
perlu memastikan alat bantu mengajar mestilah sentiasa dalam keadaan baik
supaya boleh digunakan kerana ABM sangat penting untuk menarik fokus pelajar
dalam kelas. Ia juga merupakan suatu jalan alternatif untuk mengubah mod
pembelajaran kearah yang lebih baik
·
Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) ditakrifkan
sebagai kanak-kanak yang telah diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik,
ahli psikologi atau ahli audiologi sebagai kanak-kanak yang berkeperluan khas
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013)
·
Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya telah mendefinisikan bermasalah
pembelajaran sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas
psikologikal yang melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada
pertuturan atau penulisan di mana masalah-masalah yang dihadapi mengakibatkan daya tumpuan, ingatan, pemikiran,
koordinasi, komunikasi, kemahiran belajar, kemahiran sosial dan kematangan emosi
·
Guru
pendidikan khas perlu menitikberatkan beberapa perkara supaya pembelajaran
dapat dilakukan dengan lancar
III. RUMUSAN
Guru
sewajarnya mengambil berat tentang pelajar istimewa supaya mereka rasa lebih
dihargai dan tidak ketinggalan. Persepsi negatif tentang mereka perlu disangkal
dari awal kerana sudah ramai dari kalangan pelajar istimewa melanjutkan
pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi malah mengharumkan nama negara ke persada dunia.
Bab 10 Pengurusan Pelbagai Budaya
NAMA :NAWWAR
RAIHAN BINTI ALIAS
NO. MATRIK :D20171078168
KOS :AT-12 ISMP FIZIK
FAKULTI :SAINS DAN MATEMATIK
Bab 10
Pengurusan
Pelbagai Budaya
CABARAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
v
Hubungan yang
renggang antara murid islam dengan bukan islam
v
Menghubungkan
jurang persepsi dan ilmu antara guru dan pelajar semasa P&P
ANALISIS SWOT
q Analisis SWOT ialah kaedah rancangan
strategik yang digunakan untuk menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman
yang ada dalam sesebuah organisasi.
q Melibatkan penentuan faktor dalaman
dan luaran yang membantu atau menghalang pencapaian objektif
q Penentuan objektif organisasi perlu
dibuat selepas analisis SWOT dilakukan. Hal ini bertujuan untuk memastikan
matlamat atau objektif organisasi boleh tercapai
KEKUATAN
• Pencapaian kokurikulum sekolah sentiasa meningkat sehingaa
ke peringkat kebangsaan
• Mempunyai pelbagai kaum
Mempunyai Alumni
yang banyak membantu sekolah
KELEMAHAN
• Kedudukan tempat yang tidak strategik
Contoh : bilik
kaunseling dan perpustakaan yang berdekatan dengan kelas )
Peralatan sukan
yang tidak mencukupi
HALANGAN
• Kos penyelenggaran yang tinggi
• Peruntukan yang kurang dari Kementerian Pendidikan Malaysia
Ruang pejabat yang
terhad
PENAMBAHBAIKKAN
• Menjalankan aktiviti kutipan dana
• Menggalakkan pelajar membawa peralatan sukan dari rumah
seperti raket badminton
• Mewujudkan sebuah tempat yang sesuai untuk kedudukan kelas
I . PENGENALAN
Pengurusan
•
Pengurusan melibatkan proses perancangan,
penyusunan, pengarahan dan pengawalan
yang menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi
mencapai matlamat organisasi.
Budaya
• Sistem yang kompleks
perilaku, nilai-nilai, keyakinan, tradisi dan artefak, yang ditularkan melalui
generasi yang meliputi berbagai aspek komunikasi, sikap, etika, keyakinan, nilai-nilai,
adat istiadat,
Pengurusan Budaya
•
Merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan
struktur organisasi di sekolah yang memberi kesan kepada proses pembentukan
tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah.
II . ISI
PENTING
• Kepelbagaian Budaya
(Noraini, 2015) : Kepelbagaian budaya merangkumi pemahaman, penghargaan dan
penilaian terhadap budaya seseorang dan etnik masyarakat.
• Konsep Kepelbagaian Budaya : Konsep pendidikan yang memberi
peluang pendidikan kepada semua murid yang berbeza daripada aspek etnik,
keturunan, bahasa, adat resam dan budaya untuk mendpat pendidikan yang adil dan
sama rata dan berinteraksi serta memahami setiap rakan dalam bilik darjah
dengan baik
• Kepelbagaian Budaya
Murid dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya, murid itu sendiri, sekolah,
pengajaran dan pembelajaran dan guru
• Pengurusan merentas
budaya disekolah dilaksanakan dengan kerjasama pelajar, guru serta sekolah
• Terdapat isu
kepelbagaian budaya di sekolah iaitu sukar untuk mendapatkan kerjasama dalam
kumpulan, masalah komunikasi dan bahasa, sukar mewujudkan persefahaman serta
wujudnya rasa rendah diri dan kurang berkeyakinan dalam diri pelajar
• Cabaran kepelbagaian
budaya iaitu hubungan murid Islam dengan bukan Islam menjadi renggang dan
mewujudkan jurang persepsi dan ilmu antara guru dan pelajar dalam P&P
III . Analisis SWOT ialah
kaedah rancangan strategik yang digunakan untuk menilai kekuatan, kelemahan,
peluang dan ancaman yang ada dalam sesebuah organisasi yang melibatkan
penentuan faktor dalaman dan luaran yang membantu atau menghalang pencapaian
objektif Penentuan objektif organisasi
perlu dibuat selepas analisis SWOT dilakukan. Hal ini bertujuan untuk
memastikan matlamat atau objektif organisasi boleh tercapai.Terdapat banyak
kekuatan dan kelemahan yang diperolehi apabila Analisis SWOT ini dijalankan.
IV . RUMUSAN
Pengurusan Budaya
disekolah perlu ditikberatkan bagi menjamin kesemakmuran pelajar yang terdiri
daripada pelbagai kaum justeru mengekalkan perpaduan antara kaum sejak dibangku
sekolah lagi. Kerjasama daripada pelbagai pihak sangat penting bagi menjayakan
matlamat sekolah dan negara seperti pelajar lain membantu pelajar khas dengan
menyediakan kelengkapan untuk menjalankan sesuatu aktiviti, bukan itu sahaja
guru berperanan menjalankan tanggungjawab mereka dengan samarata dan tidak
memihak kepada sesiapapun kerana tugas seorang guru iaitu memimpin mereka dengan
adil disamping mendidik mereka dengan nilai moral bersepadu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Laporan dan poster kumpulan 7
Sila klik link di bawah untuk melihat laporan kumpualn. https://drive.google.com/file/d/1gm5ltrJFmqyJzHlZsUI5RDW7m9KK1 gaa/view?u...

-
NAMA : SANIATHILAH BINTI MOHAMED NO MATRIK : D20171077973 PROGRAM : AT-O7 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN EKONOMI RUMAH TANG...
-
Bab 3: Organisasi Dan Kepimpinan Kepimpinan adalah berkaitan dengan visi, objektif, matlamat, isu-isu strategik, transformasi,...
-
NAMA : NAWWAR RAIHAN BINTI ALIAS NO. MATRIK : D20171078168 KOS : AT-12 ISMP FIZIK FAKULTI : SAINS DAN MATEMATIK Bab 10...