Bab 11
Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
BAB 11 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
I . PENGENALAN
Semua
pelajar berhak mendapat layanan yang samarata dengan menyediakan perkhidmatan
yang berkualiti untuk pelajar dengan keperluan khas agar mereka mendapat
pendidikan yang sempurna membolehkan mereka menjadi seorang insan yang
berdikari, berjaya dalam kehidupan, dan memberi sumbang bakti kepada masyarakat
dan negara.
II. ISI PENTING
·
Terdapat
pelbagai kategori pelajar khas dikelaskan mengikut keistimewaan mereka dengan
beberapa syarat yang menepati ciri-ciri mereka untuk membolehkan mereka menerima
pendidikan khas di sekolah
·
Susunan
bilik darjah serta perabot memainkan peranan penting supaya mewujudkan suasana
sejahtera dan selesa untuk pelajar menerima segala pembelajaran mereka
disekolah
·
Guru
perlu memastikan alat bantu mengajar mestilah sentiasa dalam keadaan baik
supaya boleh digunakan kerana ABM sangat penting untuk menarik fokus pelajar
dalam kelas. Ia juga merupakan suatu jalan alternatif untuk mengubah mod
pembelajaran kearah yang lebih baik
·
Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) ditakrifkan
sebagai kanak-kanak yang telah diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik,
ahli psikologi atau ahli audiologi sebagai kanak-kanak yang berkeperluan khas
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013)
·
Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya telah mendefinisikan bermasalah
pembelajaran sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas
psikologikal yang melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada
pertuturan atau penulisan di mana masalah-masalah yang dihadapi mengakibatkan daya tumpuan, ingatan, pemikiran,
koordinasi, komunikasi, kemahiran belajar, kemahiran sosial dan kematangan emosi
·
Guru
pendidikan khas perlu menitikberatkan beberapa perkara supaya pembelajaran
dapat dilakukan dengan lancar
III. RUMUSAN
Guru
sewajarnya mengambil berat tentang pelajar istimewa supaya mereka rasa lebih
dihargai dan tidak ketinggalan. Persepsi negatif tentang mereka perlu disangkal
dari awal kerana sudah ramai dari kalangan pelajar istimewa melanjutkan
pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi malah mengharumkan nama negara ke persada dunia.
No comments:
Post a Comment