Bab 13 :
Pengurusan Alam Pembelajaran
1. PENDAHULUAN
Menurut Muhammad Fathurrohman
(2017), belajar merupakan konsep yang tidak dapat dihilangkan dalam proses
belajar mengajar (pembelajaran). Pembelajaran adalah proses interaksi antara pelajar
dan sumber belajar pada suatu lingkungan belajar. Menurut James Ang Jit Eng
(2014), pengurusan merujuk kepada cara memudahkan, cara mengendali atau
mengawal sesuatu perkara ataupun kumpulan manusia demi mencapai maklumat. Oleh
itu, pengurusan pembelajaran adalah cara mengendali pelajar melalui interaksi
antara guru dan pelajar.
2. ISI
PENTING
Tiga isi penting yang saya pelajari
dari topik ini adalah persediaan alam pembelajaran, teknik mengajar dan
kepentingan perancangan pembelajaran dan pengajaran. Persediaan alam
pembelajaran mempunyai dua komponen iaitu, persediaan sebelum mengajar dan
persediaan semasa mengajar. Persediaan sebelum mengajar, guru perlulah bersedia
menyediakan bahan mengajar yang dapat membantu pelajar memahami topik
pengajaran yang diajarkan. Selain itu, guru juga perlulah bersedia dengan rekod
aktiviti atau pengajaran yang akan dijalankan di dalam kelas dan mencapai
objektif yang dimahukan. Persediaan sebelum mengajar ini penting supaya guru
menyediakan diri untuk mengajar pelajar dengan sebaiknya.
Teknik mengajar
mempunyai empat komponen penting iaitu, komunikasi dua hala, penggunaan alat
bantu mengajar, nilai murni dan penggunaan bahasa asing. Komunikasi dua hala
ini penting supaya guru dapat menyampaikan pembelajaran dengan lebih berkesan
dan tepat. Selain itu, komunikasi dua hala ini dapat mengenalpasti kelemahan
dan kekuatan pelajar dalam sesuatu matapelajaran yang diajarkan. Penggunaan
alat bantu mengajar dapat menarik minat pelajar untuk fokus dalam pembelajaran
mereka. Seterusnya, dapat melahirkan pelajar yang celik IT. Nilai murni pula
dapat membentuk sahsiah pelajar yang baik. Penggunaan bahasa asing pula penting
supaya dapat memberikan pendedahan kepada pelajar untuk belajar bahasa ketiga.
Perancangan
pembelajaran dan pengajaran dilakukan untuk menepati objektif dan matlamat yang
hendak disampaikan. Selain itu perancangan ini juga dapat memberikan kepada
guru idea untuk lebih kreatif dan kritis dalam menarik minat pelajar untuk
belajar di dalam kelas.
3. KESIMPULAN
Kesimpulannya,
pengurusan alam pembelajaran amat penting dalam memberikan penyediaan kepada
guru untuk berfikir secara kreatif dan kritis untuk merancang pengajaran yang
menarik. Selain itu, dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam akademik mereka.
No comments:
Post a Comment