NAMA : FATIN NURSYAHIRAH BINTI IDRIS
NO MATRIK : 971129017172
KOS : AT-12 IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN (FIZIK) DENGAN KEPUJIAN
FAKULTI : FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK
Bab 12 :
Sekolah Dan Persekitaran
1. PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi
Keempat, sekolah merupakan tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima
dan memberi pelajaran. Pengertian
Sekolah adalah suatu lembaga yang digunakan untuk kegiatan belajar bagi para
pendidik serta menjadi tempat memberi dan juga menerima pelajaran yang sesuai
dengan bidangnya. Sekolah menjadi salah satu tempat untuk mendidik anak-anak
dengan maksud untuk memberikan ilmu yang diberikan supaya mereka mampu menjadi
manusia yang berguna bagi bangsa dan juga negara.
2. ISI PENTING
Tiga
perkara penting yang saya dapat pelajari dari topik ini adalah persekitaran
fizikal, persekitaran psikososial, peranan ibu bapa dalam membantu sekolah dan
peranan sekolah dan masyarakat. Persekitaran sekolah penting untuk
membangkitkan semangat motivasi pelajar untuk datang ke sekolah, selain iklim
sekolah yang harmoni. Persekitaran fizikal mempunyai ciri-ciri tersendiri.
Antaranya adalah mempunyai reka bentuk fizikal yang menarik, sumber bahan
pembelajaran yang banyak, pencahayaan yang bagus, dan kebersihan yang sentiasa
dititikberatkan. Persekitaran psikososial pula adalah mempunyai suasana yang
selesa dan mesra, suasana yang dapat merangsang pembelajaran, menggalakkan
pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama kepada pelajar lain.
Ibu bapa merupakan ‘role model’ kepada pelajar, dan merupakan orang yang
paling hampir atau rapat dengan pelajar. Ibu bapa mempunyai peranan mereka yang
tersendiri dalam membantu sekolah dalam proses membentuk sahsiah dan akademik
anak mereka. Sekolah dan ibu bapa mempunyai hubungan yang membolehkan pihak
sekolah memberikan info terkini tentang pelajar-pelajar melalui Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG). Selain itu, ibu bapa perlulah aktif dalam membantu pihak
sekolah mengawasi aktiviti pelajar selepas waktu persekolahan. Ibu bapa juga
perlu sentiasa peka dengan info yang disampaikan oleh pihak sekolah dan
membantu pihak sekolah dengan sebaiknya. Justeru itu, ibu bapa perlulah memberi
kerjasama dengan sebaiknya kepada pihak sekolah dalam membantu membentuk
generasi pelajar yang berjaya.
Sekolah telah menjadi agen yang terbaik dalam membentuk pelajar yang
menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran. Sekolah mementingkan
perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak
masyarakat. Di samping itu, sekolah melibatkan proses sosialisasi di mana
pelajar belajar daripada masyarakat dan sekelilingnya, dan mereka menjadikan
pelakuan tersebut sebahagian daripada mereka. Pendidikan dianggap suatu proses
membentuk manusia berfikir secara kreatif dan kritis.
3. KESIMPULAN
Kesimpulannya,
peranan ibu bapa, guru, sekolah dan juga masyarakat penting dalam membentuk
sahsiah, akhlak dan akademik para pelajar. Selain itu juga, persekitaran
merupakan perkara penting dalam merangsang minat pelajar untuk datang ke
sekolah seterusnya untuk belajar dengan suasana yang harmoni.
No comments:
Post a Comment