Saturday, 15 December 2018

Bab 10 Pengurusan Pelbagai Budaya


NAMA  :NAWWAR RAIHAN BINTI ALIAS
NO. MATRIK  :D20171078168
KOS  :AT-12 ISMP FIZIK
FAKULTI  :SAINS DAN MATEMATIK


Bab 10

Pengurusan Pelbagai Budaya








CABARAN KEPELBAGAIAN BUDAYA

v    Hubungan yang renggang antara murid islam dengan bukan islam

v    Menghubungkan jurang persepsi dan ilmu antara guru dan pelajar semasa P&P

ANALISIS SWOT


q  Analisis SWOT ialah kaedah rancangan strategik yang digunakan untuk menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang ada dalam sesebuah organisasi.
q  Melibatkan penentuan faktor dalaman dan luaran yang membantu atau menghalang pencapaian objektif
q  Penentuan objektif organisasi perlu dibuat selepas analisis SWOT dilakukan. Hal ini bertujuan untuk memastikan matlamat atau objektif organisasi boleh tercapai
KEKUATAN
       Pencapaian kokurikulum sekolah sentiasa meningkat sehingaa ke peringkat kebangsaan
       Mempunyai pelbagai kaum
Mempunyai Alumni yang banyak membantu sekolah
KELEMAHAN
       Kedudukan tempat yang tidak strategik
Contoh : bilik kaunseling dan perpustakaan yang berdekatan dengan kelas )
Peralatan sukan yang tidak mencukupi
HALANGAN
       Kos penyelenggaran yang tinggi
       Peruntukan yang kurang dari Kementerian Pendidikan Malaysia
Ruang pejabat yang terhad
PENAMBAHBAIKKAN
       Menjalankan aktiviti kutipan dana
       Menggalakkan pelajar membawa peralatan sukan dari rumah seperti raket badminton
       Mewujudkan sebuah tempat yang sesuai untuk kedudukan kelas
I . PENGENALAN
Pengurusan
          Pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan yang menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.
Budaya
       Sistem yang kompleks perilaku, nilai-nilai, keyakinan, tradisi dan artefak, yang ditularkan melalui generasi yang meliputi berbagai aspek komunikasi, sikap, etika, keyakinan, nilai-nilai, adat istiadat,
Pengurusan Budaya
          Merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah.
II . ISI PENTING
       Kepelbagaian Budaya (Noraini, 2015) : Kepelbagaian budaya merangkumi pemahaman, penghargaan dan penilaian terhadap budaya seseorang dan etnik masyarakat.
       Konsep Kepelbagaian Budaya : Konsep pendidikan yang memberi peluang pendidikan kepada semua murid yang berbeza daripada aspek etnik, keturunan, bahasa, adat resam dan budaya untuk mendpat pendidikan yang adil dan sama rata dan berinteraksi serta memahami setiap rakan dalam bilik darjah dengan baik 
       Kepelbagaian Budaya Murid dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya, murid itu sendiri, sekolah, pengajaran dan pembelajaran dan guru
       Pengurusan merentas budaya disekolah dilaksanakan dengan kerjasama pelajar, guru serta sekolah
       Terdapat isu kepelbagaian budaya di sekolah iaitu sukar untuk mendapatkan kerjasama dalam kumpulan, masalah komunikasi dan bahasa, sukar mewujudkan persefahaman serta wujudnya rasa rendah diri dan kurang berkeyakinan dalam diri pelajar
       Cabaran kepelbagaian budaya iaitu hubungan murid Islam dengan bukan Islam menjadi renggang dan mewujudkan jurang persepsi dan ilmu antara guru dan pelajar dalam P&P
III .  Analisis SWOT ialah kaedah rancangan strategik yang digunakan untuk menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang ada dalam sesebuah organisasi yang melibatkan penentuan faktor dalaman dan luaran yang membantu atau menghalang pencapaian objektif  Penentuan objektif organisasi perlu dibuat selepas analisis SWOT dilakukan. Hal ini bertujuan untuk memastikan matlamat atau objektif organisasi boleh tercapai.Terdapat banyak kekuatan dan kelemahan yang diperolehi apabila Analisis SWOT ini dijalankan.
IV . RUMUSAN
Pengurusan Budaya disekolah perlu ditikberatkan bagi menjamin kesemakmuran pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum justeru mengekalkan perpaduan antara kaum sejak dibangku sekolah lagi. Kerjasama daripada pelbagai pihak sangat penting bagi menjayakan matlamat sekolah dan negara seperti pelajar lain membantu pelajar khas dengan menyediakan kelengkapan untuk menjalankan sesuatu aktiviti, bukan itu sahaja guru berperanan menjalankan tanggungjawab mereka dengan samarata dan tidak memihak kepada sesiapapun kerana tugas seorang guru iaitu memimpin mereka dengan adil disamping mendidik mereka dengan nilai moral bersepadu.



No comments:

Post a Comment

Laporan dan poster kumpulan 7

Sila klik link di bawah untuk melihat laporan kumpualn. https://drive.google.com/file/d/1gm5ltrJFmqyJzHlZsUI5RDW7m9KK1 gaa/view?u...