Wednesday, 28 November 2018

Bab 7 : Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran


Bab 7 :
Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran

KONSEP BILIK DARJAH

Dahulu: 
Lima hingga enam pelajar duduk di bawah sebatang pokok  besar dan mendengar ajaran 
        seorang guru sudah dianggap satu bilik darjah.
Surau atau pondok tempat mengaji juga dianggap sebagai satu bilik darjah

Sekarang: 
Sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah.
Padang sekolah yang digunakan juga dinggap bilik darjah.
Padang sekolah yang digunakan oleh pelajar untuk pelajaran pendidikan jasmani juga 
        dianggap bilik darjah.
Pada dasarnya, sebuah bilik darjah secara fizikalnya dilengkapi dengan kerusi, meja palajar, 
        meja guru, papan hitam, alat bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluh pelajar dalam  
        satu-satu kelas.


JENIS BILIK DARJAH :
Bilik darjah Tradisi
Bilik Darjah Mata Pelajaran pendidikan khas
Bilik darjah  terbuka.


PENYUSUNAN BILIK DARJAH : 

Penyusunan bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar, keadaan in dapat menggalakkan atau menghalang  sesuatu pembelajaran.
Sharifah Alwiah Alsagof (1986:44), menyatakan persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan  kuasa  serta sumber pengajaran guru.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1981:16), menyatakan kemasnya organisasi benda-benda fizikal di dalam bilik darjah seperti kerusi, meja, almari   dan lain-lain tidak menjamin yang pembelajaran boleh berlaku melainkan jika guru menguruskan murid-murid selaras dengan matlamat yang dituju.
Atan Long (1986:109) menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah hendaklah berdasarkan fungsi dan matlamat yang hendak dicapai melalui penggunaan bilik darjah. Dalam hal ini, penyusunan bilik darjah dapat melibatkan beberapa tujuan supaya tercapai objektif yang hendak ditentukan. Antara yang ditekankan seperti masa, tenaga, alat pengajaran yang dapat digunakan dengan baik, kemudahan digunakan secara berkesan dan susunan menggalakkan untuk pembelajaran.


PENYUSUNAN BILIK DARJAH

Tempat duduk pelajar : Kedudukan pelajar tidak boleh diubah suai bagi menggelakkan berlakunya kekeliruan sewaktu belajar

Meja guru :  Biasanya terletak dibahagian hadapan kelas, Guru harus berada di sekitar meja pelajar bagi pembantu dalam proses pembelajaran.

Kerusi dan meja pelajar : 
Sharifah Alwiah Alsagoff ( 1986:45) tiada satu cara penyusunan kerusi meja pelajar yang terbaik, ia bergantung kepada umur dan keperluan pelajar. Antara bentuk susunan kerusi dan meja dalam sesebuah bilik darjah seperti:
Kedudukannya tidak menyebabkan ada pelajar yang membelakangkan papan hitam, ini kerana penerangan guru secara kelas akan menyebabkan pelajar terpaksa berpusing dan akan menyebabkan merasa terganggu.
Penyusunannya perlu berkait rapat dengan strategi dan pendekatan pengajaran pembelajaran (KPM 1989:9),ini kerana dalam KBSR pengajaran secara berkumpulan dan individu lebih diutamakan. Namun demikian, pengajaran cara kelas masih juga boleh dijalankan mengikut situasi tetentu.
Kedudukan kerusi meja KBSR dan KBSM perlu melibatkan beberapa ruang pembelajaran. Keadaan ini termasuk ruang bacaan dan sebaginya.


PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengenalan:
Jere Brophy dalam rencananya yang bertajuk Educating Teachers About Managing Classroom and student dalam International Journal of Research and studies (1998) telah menghuraikannya seperti berikut:

Classroom management refers to actions taken to create and maintain a leaving environmental condusive to attainment of the goals of instruction, (arranging the physical environment of the classroom, establishing rules and procedures, maintaining attention to lessons and engagement in academic activities. Pengurusan bilik darjah yang baik akan mewujudkan bilik darjah yang efektif dan berkesan.

Tujuan Rutin Bilik Darjah
Menjimatkan masa dan tenaga
Menimbulkan rasa tanggungjawab, perasaan seronok dan   bekerjasama di kalangan pelajar.
Kegiatan rutin bilik darjah
Dalam menjalankan rutin di bilik darjah, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru iaitu;
Membuat pemeriksaan tentang keadaan fizikal bilik darjah.
Rutin bilik darjah perlu dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan.  

Faedah rutin bilik darjah
Perlaksanaan rutin didalam bilik darjah mendatangkan beberapa faedah iaitu:
Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur.
Pengurusan rutin yang teratur akan menjimatkan masa guru dan pelajar.
Rutin akan menyemai nilai-nilai murni di kalangan pelajar.
Pengurusan rutin bilik darjah yang sempurna dan cekap akan menimbulkan rasa selamat kepada pelajar.
Pelajar dapat kemahiran kepimpinan serta dapat mengamalkan prinsip demokrasi khasnya sewaktu membuat pemilihan untuk mendapatkan ketua.
Peraturan yang sedia ada dalam bilik darjah dapat membantu mengawal disiplin didalam bilik darjah.
Penyimpanan Rekod
Satu cara merekod, mengelas dan mentafsirkan data seseorang pelajar. Segala maklumat yang diperoleh membolehkan guru membuat penilaian terhadap objektif pengajarannya sama ada berjaya atau gagal.
Syarat-syarat Rekod
Rekod mesti digunakan
Rekod mesti boleh diperoleh dengan mudah
Rekod mesti lengkap
Rekod mesti menyatakan perkara yang benar
Semua bahan pelajaran yang diperlukan dalam bilik darjah mesti disediakan, disusun dengan betul dan mudah didapati.
Guru boleh mendapatkan bantuan daripada pelajarnya.
Memilih rutin yang paling sesuai.
Merancang sesuatu rutin itu dengan sempurna dan bersistem.
Kegiatan rutin bilik darjah
Dalam menjalankan rutin di bilik darjah, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru iaitu;
Membuat pemeriksaan tentang keadaan fizikal bilik darjah.
Rutin bilik darjah perlu dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan.
Semua bahan pelajaran yang diperlukan dalam bilik darjah mesti disediakan, disusun dengan betul dan mudah didapati.
Guru boleh mendapatkan bantuan daripada pelajarnya.
Memilih rutin yang paling sesuai.
Merancang sesuatu rutin itu dengan sempurna dan bersistem.

Klasifikasi sumber pembelajaran
 Dikelaskan kepada empat jenis iaitu :
Sumber asas
Sumber bukan elektronik
Sumber elektronik
Sumber yang bercorak pengalaman
Kriteria Memilih Sumber
Tujuan
Kesesuaian
Kemudahan Memperoleh
Kepentingan Sumber Pembelajaran
Faedah rutin bilik darjah
Alat bantu mengajar mempunyai lima tujuan iaitu :
Memberi rangsangan
Menjelaskan penerangan
Menjimatkan masa
Mempelbagaikan kegiatan
Menyeronokkan pelajar

INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH
Konsep interaksi
Satu proses saling bertindak yang berlaku di antara   sekurang-kurangnya dua pihak.
Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia.
Konsep bilik darjah
Tempoh proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Jenis interaksi bercorak lisan
a. Interaksi sehala atau tradisional
b. Interaksi dua hala antara guru dan murid
c. Interaksi dua hala antara murid dan murid
d. Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid.
e. Interaksi komputer

a. Interaksi sehala atau interaksi tradisional
Interaksi bilik darjah menjadi sehala kerana guru yang mengawal segala aktiviti P&P yang berlaku di dalam kelas.
Ciri-ciri:
Corak interaksi bilik darjah ditentukan   oleh guru kelas
Tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid
Murid tidak terlibat dalam P&P secara aktif

b. Interaksi dua hala antara murid dan guru
Guru menggunakan pendekatan yang berlainan seperti perbincangan @ kaedah induktif. Interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi interaksi dua hala.
Ciri-ciri:
Aktiviti bercorak aktif
Perhubungan guru dan pelajar  menjadi semakin rapat
Menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam proses P&P dengan menyoal dan meminta pendapat.

c. Interaksi dua hala antara murid dengan murid
Guru menggunakan pendekatan kumpulan, kertas kerja, kaedah bermain, lakonan, sumbangsara sebagai aktiviti dalam P&P.
Ciri-ciri:
Aktiviti pembelajaran aktif dan dinamik.
Perhubungan antara murid dengan murid dapat dieratkan.
Interaksi antara guru dan murid dihadkan mengikut arahan guru sahaja.
Pembelajaran koperatif dan koloboratif menjadi tumpuan guru.

d. Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid
Guru menggunakan kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, perbincangan, ujikaji dan kaedah penyelesaian masalah.
Ciri-ciri:
Komunikasi berkesan berlaku
Penyertaan aktif murid dalam P&P
Suasana yang kondusif untuk mengendalikan P&P

Pembentukan innteraksi dalam bilik darjah
Faktor yang mempengaruhi pembentukaninteraksi dalam kelas :
i. Susunan bilik darjah :
Kedudukan meja dan kerusi
Tiga jenis susunan meja dan kerusi
-Susunan Tradisi
-Susunan Horse Shoe
- Susunan Madular
ii. Keadaan emosi bilik darjah
Suara guru yang jelas
Sikap guru yang positif

iii. Kawalan yang sempurna dan menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai :
Gaya Autokratik – Interaksi sehala (tidak sesuai)
Gaya Demokratik – Interaksi dua hala (paling sesuai)
Gaya Laissez Faire – Kebebasan penuh diberikan       kepada pelajar (tidak sesuai)

iv. Penggunaan kaedah  kumpulan :
Pelajar berfikir, merancang, melaksanakan dan menilai kerja dengan semangat gotong royong.
Memperbanyakkan pengajaran berbentuk amali daripada berbentuk teori
Semua pelajar boleh terlibat dan bergerak balas secara cergas.
Guna kaedah pengajaran yang boleh menghidupkan suasana pembelajaran :
Perbincangan, soal jawab, sosiodrama, permainan dan lain-lain.
v. Guna alat bantu mengajar berteknologi :
Slaid, pita video, rakaman dan lain-lain
Mudahkan proses p&p
Diminati oleh pelajar

vi. Lakukan kegiatan pemulihan bagi pelajar yang bermasalah.
Sesi bimbingan - guru sebagai kaunselor
Sikap guru yang baik
Beri pelajar kebebasan untuk membuat keputusan dan peluang untuk bekerja sendiri


Suasana bilik darjah yang kondusif penting bagi mewujudkan proses P&P yang berkesan Terbahagi kepada 3 :
-Suasana fizikal
-Suasana sosial
-Suasana emosi

SUSUNAN FIZIKAL BILIK DARJAH
Melibatkan unsur fizikal bilik darjah.
Menggalak atau menghalang P&P.
Guru berperanan menentukan suasana fizikal.
Perancangan dan penyusunan ini melibatkan :-
-Mengorganisasi
-Merancang
-Penggunaan ABM, APD, kerusi, meja, papan tulis dan sebagainya.

SUASANA SOSIAL BILIK DARJAH
Guru mengkaji melalui pemerhatian biasa dan teknik sosiometri.
Sosiometri :
Teknik untuk mencari dan menunjukkan perhubungan  individu dengan pelajar
Ujian Sosiometri Moreno
Kegunaan
Bagi menentukan seseorang pelajar itu ahli sesuatu kumpulan atau penerimaan pada kumpulan lain.
Kelemahan
Perhubungan yang dinyatakan pelajar adalah hubungan yang dianggap pelajar itu sendiri.
Perhubungan yang mungkin tidak dibalas
Hubungan sehala

 SUASANA EMOSI BILIK DARJAH
Lebih penting daripada suasana fizikal dan sosial
Gabungan daripada berbagai-bagai perkara :
Suara
Kelucuan
Penggunaan pujian
Sikap dan ekspektasi bilik darjah
Kemesraan
Stail
Kawalan
Kepimpinan dan kaedah mengajar

SUARA
Jelas, terang, semula jadi, tidak tegang dan bercorak perbualan.
Mewujudkan suasana tenang.
Galak wujud interaksi pelajar semasa P & P
Ciri suara yang menimbulkan kesan emosi:
- Kelicinan pertuturan
- Gaya
- Nada

KELUCUAN
Mengurangkan suasana emosi yang tegang.
Mempereratkan hubungan yang sedia ada.
Memudahkan pembelajaran.
Memulihkan suasana muram

PENGGUNAAN PUJIAN
Pujian yang biasa adalah pujian lisan.
Cara memberi pujian :
Memuji secara perseorangan atau kumpulan.
Memuji kerja, sikap,jawapan dan sebagainya
Memuji di khalayak ramai- bergantung pada situasi.

KAWALAN
Teknik yang biasa ialah jenis positif & negatif.
Kawalan positif & formal:-
-Pemberian Markah.
-Menggalakkan persaingan.
Kawalan positif Tidak formal:-
-Melonggarkan Peraturan
-Menggunakan pengajaran
-ekstrinsik.
Kawalan negatif
 -Denda
 -Tidak memberi ganjaran
 -Sindiran
 -Hukuman
 -Bangkangan

Kepimpinan dan kaedah mengajar
Suasana P&P yang demokratik menggalakkan pelajar bekerjasama.
Akan lebih mementingkan tugasan, menunjukkan inisiatif & bertoleransi.
Guru mempengaruhi pelajar secara tidak langsung :-
Terima perasaan pelajar tanpa menakutkannya.
Memuji pelajar.
Galak mereka guna & terima iden pelajar lain

Guru mempengaruhi pelajar secara langsung:-
Semalu marah
Memberi arahan
Terlalu kritikal.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, strategi pengurusan bilik darjah adalah berkait rapat dengan tiga aspek penting seperti unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah. Selain itu juga, peranan daripada guru adalah penting  bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan.

KOMUNIKASI BERKESAN DALAM BILIK DARJAH
Konsep Komunikasi
Dalam konteks hubungan sesama manusia, komunikasi bermaksud mencari persamaan maklumat dan pengalaman antara individu yang sedang berinteraksi dapat dikongsi bersama - (Abdullah Hassan & Ainon Mohd, 1999)
Komunikasi ialah penghantaran, penerimaan  atau pertukaran maklumat – (Sillars,1999)
Komunikasi merupakan proses penyampaian maklumat daripada satu pihak (penyampai) kepada satu pihak lain (penerima) – (Hamilton Gregory, 1997)
Dalam konteks p&p  - merupakan proses penyampaian dan penerimaan ilmu pengetahuan daripada guru kepada murid.

MODEL KOMUNIKASI
Model Shannon dan Weaver yang menekankan perihal komunikasi elektronik. Model ini merujuk kepada enam komponen dalam komunikasi iaitu sumber, saluran, isyarat, penerima, sasaran dan gangguan – proses komunikasi interpersonal. Abdullah Hassan & Ainon Mohd (1997) telah menyenaraikan dua jenis model komunikasi iaitu Model Humanistik dan Model Pragmatik. Model Humanistik (model lembut) – lima unsur efektif dalam komunikasi interpersonal iaitu; sikap keterbukaan, empati, mendokong, positif dan saksama
Peringkat-Peringkat Dalam Komunikasi
Terdapat 6 peringkat dalam komunikasi iaitu:
Tujuan komunikasi dan kandungan komunikasi
Tranformasi idea (encode) iaitu penyampai menyusun idea-idea yang hendak disampaikan – lisan, gambar, pergerakan tangan dll
Penghantaran mesej samada melalui lisan atau tulisan
Menerima mesej
Memahami mesej
Maklum balas – mesej difahami, mesej tidak difahami, mesej berbeza daripada hasrat sebenar penyampai

Elemen-elemen Komunikasi Berkesan Dalam P&P
Terdapat 7 elemen dalam komunikasi berkesan dalam p&p:
Guru meminati subjek/bermotivasi
Guru yang bermaklumat dan mempunyai pengetahuan terkini
Berkemahiran berucap dalam menyampaikan idea. Ini ditentukan oleh elemen-elemen seperti telah menguasai isi pelajaran; mampu menyediakan alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan; kontak mata; bahasa badan; sentuhan; merumus isi pelajaran dalam bahasa yang mudah; bersedia berbincang dengan murid
Persediaan mengajar yang lengkap – Buku Persediaan Mengajar
Memahami emosi pelajar
Bahasa badan dalam pengajaran
Nada suara dalam pengajaran – intonasi suara yang sesuai

Halangan-Halangan Komunikasi
Terdapat 14 halangan-halangan dalam komunikasi:
Komunikasi sehala – penerima mesej tidak memberi apa-apa maklum balas, ini disebabkan oleh murid takut atau merasakan guru mempunyai autoriti
Prasangka – membuat andaian negatif hasil daripada maklumat sekunder yang kurang tepat
Masalah Semantik – berlaku akibat perbezaan budaya, dialek, bahasa dan cara hidup
Pengalaman yang berbeza – latar belakang kehidupan yang berbeza
Sikap individu  - mementingkan diri, memandang rendah pada orang lain, sombong, suka membantah, tidak bersedia untuk memahami
Perbezaan status
Masa yang tidak sesuai – melakukan banyak kerja dalam satu masa
Maklumat tidak mencukupi mengenai latar belakang pelajar – nama, status ekonomi dan sosial pelajar
Gangguan emosi – marah, benci, sedih
Kewibawaan peribadi guru – boleh dipercayai, dihormati
Penilaian yang terlalu awal terhadap mesej yang disampaikan
Memilih maklumat tertentu sahaja
Nepotisme/pilih kasih
Kecacatan pada sistem pendengaran dan pertuturan


KOMUNIKASI BERKESAN GURU PELAJAR
95% proses komunikasi yang berlaku tidak berkesan
Hanya 5% sahaja yang dapat menerima mesej dengan betul dan bertindak seperti yang dikehendaki
Definisi komunikasi berkesan dalam p&p – pelajar memahami betul-betul apa yang disampaikan oleh guru. Kefahaman ini diterjemah dalam bentuk tindakan yang betul.

Ciri-Ciri Komunikasi Berkesan
Keseronokan
Pengaruh kepada sikap
Perhubungan yang bertambah baik
Mewujudkan tindakan yang dikehendaki

Faktor-faktor Mempengaruhi Komunikasi Berkesan
Mesej jelas, mudah
Hubungan sosial antara dua pihak – keterbukaan, kesamaan
Kepercayaan dan kewibawaan
Kaeah penyampaian mesej
Kesinambungan
Keupayaan mendengar
Pemerhatian
Keupayaan memahami mesej yang tersirat

Komunikasi Mesra Guru-Pelajar
Komunikasi mesra – untuk meningkatkan hubungan akrab antara guru – pelajar
Faktor-Faktor Mempengaruhi Komunikasi Mesra Guru-Pelajar
Saling mengetahui dan memahami – mendekati pelajar dengan perasaan muhibah, mengingati nama pelajar, memahami latar belakang dan masalah pelajar,berinteraksi secara tidak formal, memuji pelajar, menghargai dll
Mematuhi etika dalam komunikasi – mewujudkan rasa hormat antara satu sama lain, tidak menimbulkan rasa marah, tegang, isu sensitif dengan budaya, menghormati pandangan orang
Berbudi bahasa dan bersopan santun – senyuman
Pemilihan perkataan yang sesuai dengan khalayak pelajar
Nada suara yang lembut dan harmoni
Bersabar ketika berkomunikasi

Kewibawaan Guru Dalam Komunikasi
Definisi kewibawaan – keistimewaan yang ada pada guru yang boleh mempengaruhi orang lain (pelajar) untuk berubah sikap, cara berfikir, tingkahlaku, dan cara berkomunikasi Guru yang berwibawa ialah guru yang boleh diterima oleh pelajar kerana keistimewaannya.
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kewibawaan Guru Ketika Berkomunikais
Kebolehpercayaan  - konsisten dan mempunyai prinsip, telus, mempunyai fakta terkini, mengaku kelemahan
Berkepakaran – mempunyai pengetahuan luas dalam bidang yang diajar, mempunyai pelbagai kaedah, teknik dan strategi pengajaran
Dinamik – energetic, bertenaga, ceris, cergas, penerangan yang lancar, yakin
Ketakalan – tetap pendirian, konsisten dengan sikap.
Jujur dan ikhlas
Mementingkan para pelajar
Peramah – mudaj senyum, suka memberikan pendapat, mudah berbicara
Pengolahan mesej – menarik, meyakinkan
Imej perucap-guru – imej diri yang positif


RUMUSAN BAB 7
Secara kesimpulannya, strategi pengurusan bilik darjah adalah berkait rapat dengan tiga aspek penting seperti unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah. Selain itu juga, peranan daripada guru adalah penting  bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan.
Faktor yang mempengaruhi unsur fizikal bilik darjah  ialha susunan bilik darjah. Bilik darjah yang menarik adalah kondusif untuk belajar. Penampilan dan  keselesaan bilik darjah harus dititikberatkan. Bilik darjah hendaklah menyediakan jadual bertugas agar pelajar akan sentiasa memastikan kebersihan bilik darjah. Unsur fizikal bilik darjah juga merangkumi penyusunan  kerusi dan meja di bilik darjah tersebut. 
Interaksi bilik darjah terbahagi kepada dua iaitu interaksi antara individu dan interaksi antara individu dengan alam sekitar. Interaksi ini juga terdapat dalam beberapa jenis iaitu interaksi sehala, interaksi dua hala, interaksi dalam kumpulan antara murid dan guru dan murid dengan murid.
Bloom (1964), mendefinisikan iklim dengan keadaan rangsangan dan pengaruh dari luar yang meliputi pengaruh fizikal, sosial dan intelektual yang mempengaruhi pelajar. Iklim pembelajaran positif  terbahagi kepada tiga iaitu  iklim suasana fizikal, suasana sosial dan suasana emosi. 


No comments:

Post a Comment

Laporan dan poster kumpulan 7

Sila klik link di bawah untuk melihat laporan kumpualn. https://drive.google.com/file/d/1gm5ltrJFmqyJzHlZsUI5RDW7m9KK1 gaa/view?u...