Thursday, 15 November 2018

Bab 4: Pengurusan Murid


NAMA : NUR ATHIRAH BINTI MAIDDIN
NO MATRIK : D20171078325
KOS : AT-19 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKANAWAL KANAK-KANAK ) DENGAN KEPUJIAN
FAKULTI : FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA












Bab 4: 
Pengurusan Murid


Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.  pengurusan murid yang efektif dan berjaya boleh memberi kesan yang mendalam terhadap hal ehwal. Mengurus rekod murid adalah sebagai suatu bidang pengurusan yang mempunyai tanggungjawab untuk menjaga, bersistematik mengawal penciptaan, penerimaan,  pengunaan dan ciri rekod termasuklah proses menjaga dan memelihara bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod.
Tujuan mengurus rekod ini adalah untuk mantapkan sistem pengurusan murid di sekolah dan guru juga boleh melakukan kemaskini profil murid. Mengetahui perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar. Meyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangan potensi (JERI). Mengurus rekod ini juga bertujuan sebagai panduan kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka dan juga sebagai panduan kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing.
Terdapat tiga kaedah utama pengurusan rekod murid iaitu, Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). SSDM merupakan sistem yang merekodkan semua salah laku murid seperti ponteng kelas, ponteng sekolah, lewat ke sekolah, lewat masuk kelas, tidak membuat kerja sekolah, melawan guru, mewarnakan rambut, dan sebagainya. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan satu sistem aplikasi yang telah diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memudahkan pihak ibu bapa/penjaga memantau prestasi anak-anak/jagaan mereka. Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) merupakan pangkalan data utama menghubungkan semua sistem lain yang diperkenalkan baru-baru ini seperti SAPS, SPPBS dan lain-lain. KPM mempunyai persediaan ini dalam talian Pangkalan Data Pangkalan Data yang akan merangkumi profil murid serta ibu bapa.
Terdapat beberapa jenis-jenis kesediaan belajar untuk seorang murid yang bersedia dan berupaya untuk belajar iaitu afektif, kognitif, dan psikomotor. Kesediaan afektif adalah dari segi keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran. Hal ini dapat ditunjukkan melalui perlakuan iaitu sikap kesedaran, minat, prihatin dan bertanggungjawab murid tersebut dalam kesungguhannya melaksanakan aktiviti pembelajaran yang diberi oleh guru. Kognitif adalah satu proses mental yang mengubah input kepada bentuk yang lebih bermakna dengan merekod, menyimpan dan menggunakan semula maklumat yang sedia ada. Hal ini jelas dilihat apabila seseorang individu menggunakan maklumat yang sedia ada dalam persekitarannya dan mengaplikasikan ingatannya dalam membuat keputusan. 
Kesediaan psikomotor ialah merangkumi penggunaan keperluan kemahiran dan penyelarasan tulang dan otot aktiviti fizikal. Kesediaan psikomotor bermaksud kesediaan seseorang yang mempunyai potensi dan bersedia untuk melakukan tindakan fizikal dalam suatu proses pembelajaran yang baru. Perbezaan pengurusan rekod  murid secara online dan manual ialah, maklumat pelajar terpelihara, masa terhad, bebanan kerja guru semakin berkurang, markah peperiksaan mudah direkod dan kos dapat dikurangkan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar dalam pembelajaran pula ialah, fizikal. Kematangan fizikal terlibat dengan perkembangan psikomotor iaitu perkembangan fizikal pelajar. Pelajar perlu mempunyai kesedian fizikal dan psikomotor sebelum melakukan latihan yang melibatkan pergerakan tubuh badan. Seterusnya ialah mental. Kematangan mental pula ialah perkembangan yang berlaku pada otak apabila umur seseorang telah meningkat. Oleh itu, kesediaan untuk menerima pelajaran yang lebih abstrak boleh diterima kerana otak telah bersedia untuk menerimanya.
Selain itu, sosial. Kematangan sosial pula ialah kemampuan pelajar untuk berhubung baik dengan pelajar yang lain. Kematangan ini membolehkan pelajar menjalankan aktiviti berkumpulan dalam kelas. Dalam sesebuah bilik darjah sikap dan tingkah laku murid-murid adalah berbeza kerana ada yang pendiam, periang, aktif, lemah, sederhana dan pandai. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar dalam pembelajaran emosi. Kematangan emosi merujuk kepada kestabilan dalam minat, sikap serta keinginan dalam pelajar terhadap pembelajaran. Rangsangan yang selaras dengan minat dan keinginan akan mempengaruhi kesediaan pelajar untuk belajar. Akhir sekali ialah, pengalaman. Pengalaman asas sebelum mempelajari sesuatu pengetahuan yang baru.
Kesimpulannya, pengurusan murid di sesebuah sekolah amat penting bagi membentuk sahsiah diri murid di samping mengekalkan prestasi sekolah. Pengurusan rekod murid amatlah penting untuk merekod data-data tentang murid-murid tersebut. Setiap guru haruslah cekap dalam menggunakan sistem-sistem yang terlibat dalam pengurusan rekod murid. Seterusnya, guru-guru perlu memahami dan menyediakan keperluan murid-murid normal dan murid-murid berkeperluan khas. Keperluan tersebut terdiri daripada keperluan bangunan, alatan pengajaran dan pembelajaran, guru pembantu, guru media dan lain-lain. Pembelajaran di dalam bilik darjah hanya akan terjadi sekiranya wujud kesediaan belajar yang merangkumi kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan  psikomotor. Guru-guru juga perlu mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar antaranya ialah faktor pengalaman dan kematangan. guru bertindak sebagai motivator dalam memotivasikan murid. Guru perlu bijak dalam memotivasikan murid-murid yang bermasalah. Secara tidak langsung, melalui cara-cara di atas, dapat memotivasikan serta menaikkan semangat murid untuk belajar di dalam suasana yang tenang dan damai.

No comments:

Post a Comment

Laporan dan poster kumpulan 7

Sila klik link di bawah untuk melihat laporan kumpualn. https://drive.google.com/file/d/1gm5ltrJFmqyJzHlZsUI5RDW7m9KK1 gaa/view?u...