Thursday, 15 November 2018

Bab 2 : Pengurusan Dan Pembelajaran Murid


Bab 2 :
Pengurusan
Dan Pembelajaran
Murid

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepda guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang (Nurlia Mohamad, komunikasi peribadi, 26 Disember 2012).
Pengurusan murid merupakan suatu bidang yang penting di dalam sebuah institusi pendidikan. Hal ini kerana pengurusan murid yang efektif dan berjaya boleh memberi impak yang mendalam terhadap hal ehwal murid itu seperti contoh displin, tingkah laku, kemahiran berfikir, kecerdasan kognitif, kinestatik, interpersonal dan juga intrapersonal. Bagi melahirkan dan membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek sebagaiamana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN), suatu perancanagan yang lebih berstruktur dan strategik perlu dilakukan di sekolah di mana perancangan ini meliputi dari segi akademik serta bukan akademik.
Proses pengurusan murid terdiri daripada beberapa aspek iaitu aspek perancangan, pengelolaan, pentadbiran (memimoin) dan pengawalan atau pemulihan. Perancangan merupakan satu proses menentukan objektif dan cara pengoperasian aktiviti-aktiviti pengurusan murid yangbertujun bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kemudian, pengelolaan pula merupakan pengumpulan resos-resos serta pembentukan prosedur dalam menguruskan murid. Boleh diertikan sebagai aktiviti pentadbiran seperti penyeliaan dan penyelarasan program murid.Aspek yang terakhir ialah pengawalan serta pemulihan yang melibatkan laporan dan maklum balas untuk memperbaiki rancangan pengurusan murid yang telah dijalankan.
Menurut Azman B. Hj Adnan (Institut Aminuddin Baki) di dalam Kursus Pengurusan dan Kepimpinan menyatakan bahawa berlandaskan konsep asas pengurusan, pengurusan murid merupakan satu proses mengendalikan resos-resos sama ada manusia atau fizikal dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Dalam erti kata lain, pengurusan murid merupakan proses-proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau program bagi murid, pengelolaan murid dan program secara berkesan, pengawalan dan penilaian prestasi murid dan program serta pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi.
Crede dan Kuncel (2008) mentakrifkan kemahiran belajar merupakan proses yang dirujuk kepada pengetahuan pelajar menggunakan strategi dan kaedah belajar yang bersesuaian serta keupayaan mereka menurus masa dan sumber-sumber lain dalam memenuhi keperluan tugasan akademik. Jelasnya, cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan suatu kombinasi berbagai-bagai kaedah dan kemahiran belajar. Tidak timbul soal bahawa sesuatu cara itu lebih sempurna dan lebih baik daripada kaedah yang lain. Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana dan masa tertentu, manakala Proctor, Prevatt, Adams, Hurst & Petscher (2006) mendefinisikan istilah kemahiran belajar sebagai kecekapan memperoleh, merekod, mengelola, mensintesiskan, mengingati, dan menggunakan maklumat-maklumat serta idea. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa kemahiran belajar boleh ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri serta seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.
Terdapat 3 jenis kaedah pengurusan dan pembelajaran pelajar iaitu, pembelajaran di sekolah, pembelajaran di  rumah, dan interaksi pelajar dengan guru. Pembelajaran di sekolah memerlukan murid untuk sentiasa fokus dan menumpukan perhatian di dalam kelas ketika guru mengajar. Murid juga perlu belajar secara individu dan berkumpulan bergantung pada keadaan serta mengadakan sesi perbincangan antara rakan di sekolah yang sama kelas. Kaedah pengurusan dan pembelajaran di rumah untuk seorang murid pula ialah setiap murid perlu mengambil masa belajar selama 30 minit pada setiap pagi dan 30 minit pada setiap petang bergantung kepada kerja yang diberi oleh guru dan sentiasa kekal fokus dalam membuat latihan mengikut subjek. Ulangkaji di rumah amat penting selain melakukannya di sekolah. Interaksi antara pelajar dengan guru pula penting untuk memastikan seorang murid memahami sesuatu topik yang diajar ketika di dalam kelas. Murid boleh bertanya kepada guru ketika sesi pdpc berjalan ataupun di luar waktu kelas jika perlu. Oleh sebab kecanggihan teknologi pada masa kini, murid juga boleh bertanyakan soalan kepada guru melalui aplikasi ‘whatsapp’.
Terdapat pelbagai kemahiran atau teknik pembelajaran yang efektif untuk mengurus pembelajaran murid untuk seorang murid mencapai kejayaan mereka. Baharin, Othman, Syed Mohd Shafeq, dan Haliza (2007) dalam kajian mereka ke atas pelajar-pelajar di Universiti Teknologi Malaysia mendapati daripada enam aspek kemahiran 4 belajar yang diukur, tiga kemahiran yang menunjukkan tahap min tinggi adalah ‘Membuat Rujukan’, ‘Kemahiran Mendengar’ dan ‘Kemahiran Menulis Nota’ dan seterusnya ‘kemahiran membaca’, ‘kemahiran menghadapi peperiksaan’ dan ‘kemahiran menguruskan masa’ mencapai nilai min sederhana.
Pembelajaran yang baik dan efektif adalah pembelajaran yang aktif, interaktif, kreatif, edukatif, dan menyenangkan. Untuk terjadinya hal tersebut, pemilihan strategi pembelajaran yang tepat adalah amat penting. Strategi pembelajaran mengandungi rentetan aktiviti yang dapat dijadikan pedoman (petunjuk umum) agar kompetensi sebagai tujuan pembelajaran dapat tercapai secara optimal. Strategi pembelajaran juga mengandung siapa melakukan apa dalam proses pembelajaran, bagaimana melaksanakan tugas pembelajaran, serta dimana kegiatan pembelajaran berlangsung.
Secara umum strategi mempunyai pengertian suatu garis-garis besar haluan untuk bertindak dalam usaha mencapai sasaran yang telah ditentukan. Bila dihubungkan dengan pembelajaran, strategi bisa diartikan merupakan pola-pola umum kegiatan guru siswa dalam perwujudan kegiatan pembelajaran untuk mencapai kompetensi sebagai tujuan pembelajaran yang telah ditetapkan.
Strategi merupakan istilah lain dari pendekatan, metode atau cara. Di dalam kepustakaan pendidikan istilah-istilah tersebut sering dipergunakan secara bergantian. Strategi merupakan usaha untuk memperoleh kesuksesan dan keberhasilan dalam mencapai tujuan. Dalam dunia pendidikan strategi dapat diertikan sebagai a plant, method, or series of activities designed to achieves a particular educational goal. Strategi pembelajaran dapat juga diertikan sebagai perencanaan yang berisi tentang rangkaian kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai tujuan pendidikan tertentu. Strategi pembelajaran merupakan tindakan (rangkaian kegiatan) termasuk penggunaan metode dan pemanfaatan perbagai sumber daya atau kekuatan dalam pembelajaran yang disusun untuk mencapai tujuan pembelajaran.
Strategi pembelajaran adalah suatu kegiatan pembelajaran yang harus dikerjakan guru dan siswa agar tujuan pembelajaran dapat dicapai secara efektif dan efisien. Dick&Carey menyatakan bahwa strategi pembelajaran adalah suatu set materi dan prosedur pembelajaran yang digunakan secara bersama-sama untuk menimbulkan hasil kepada pelajar. Strategi pembelajaran merupakan hal yang perlu diperhatikan oleh seorang guru dalam proses pembelajaran. Terdapat tiga jenis strategi yang berkaitan dengan pembelajaran iaitu, Strategi pengorganisasian pembelajaran Menurut Reigeluth, Bunderson dan Meril, Strategi mengorganisasi isi pelajaran disebut sebagai struktur strategi, yang mengacu pada cara untuk membuat urutan dan mensintesis fakta, konsep, prosedur, dan prinsip yang berkaitan. Strategi pengorganisasian dapat dibandingkan agar menjadi dua jenis, iaitu strategi makro dan strategi mikro. Strategi makro terkait kepada metode untuk mengorganisai isi pembelajaran yang melibatkan lebih dari satu konsep, prosedur atau prinsip. Strategi mikro mengacu kepada metode untuk pengorganisasian isi pembelajaran yang berkisar pada satu konsep.
Strategi Penyampaian Pembelajaran Strategi penyampaian isi pembelajaran merupakan komponen variable metode untuk melaksanakan proses pembelajaran. Fungsi strategi penyampaian pembelajaran yaitu menyampaikan isi pembelajaran, menyediakan informasi atau bahan-bahan yang diperlukan siswa untuk menampilkan unjuk kerja. Strategi Pengelolaan Pembelajaran Strategi pengelolaan merupakan komponen variable metode yang berurusan dengan bagaimana menata interaksi antara pembelajar dengan variable metode pembelajarn lainnya. Strategi ini berkaitan dengan pengambilan keputusan tentang strategi pengorganisasian dan strategi penyampaian yang dapat digunakan selama proses pembelajaran.
Ada tiga klasifikasi penting variable strategi pengelolaan, yaitu penjadualan, pembuatan catatan kemajuan belajar siswa, dan motivasi. Efektif adalah perubahan yang membawa pengaruh, makna dan manfaat tertentu. Pembelajaran yang efektif dengan sifatnya yang menekankan pelajar untuk belajar secara aktif. Pembelajaran menekankan pada penguasan pengetahuan tentang apa yang dikerjakan, tetapi lebih menekankan pada internalisasi, tentang ap yang dikerjakan sehingga tertanam dan berfungsi sebagai muatan nurani dan hayati serta dipraktekkan dalam kehidupan oleh siswa.
Pembelajaran efektif juga akan melatih dan menanamkan sikap demokratis bagi siswa. Lebih dari itu pembelajaran efektif menekankan bagaimana agar siswa mampu belajar dengan cara belajarnya sendiri. Melalui kreativitas guru, pembelajaran di kelas menjadi sebuah aktiviti yang menyeronokkan. Strategi pembelajaran efektif adalah pola-pola umum kegiatan guru dalam mewujudkan kegiatan pembelajaran untuk mencapai kompetensi sebagai tujuan pembelajaran yang telah ditentukan.
Kesimpulannya, Kaedah pembelajaran setiap murid adalah berbeza dan mengikut kemampuan mereka sendiri. Teknik pembelajaran yang berkesan bagi setiap pelajar adalah berbeza. Guru berperanan mewujudkan interaksi dua hala serta guru juga perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh merangsang pemikiran murid.



No comments:

Post a Comment

Laporan dan poster kumpulan 7

Sila klik link di bawah untuk melihat laporan kumpualn. https://drive.google.com/file/d/1gm5ltrJFmqyJzHlZsUI5RDW7m9KK1 gaa/view?u...