Saturday, 15 December 2018

Laporan dan poster kumpulan 7




Sila klik link di bawah untuk melihat laporan kumpualn.


https://drive.google.com/file/d/1gm5ltrJFmqyJzHlZsUI5RDW7m9KK1


gaa/view?usp=sharing

Bab 12 : Sekolah Dan Persekitaran





NAMA : FATIN NURSYAHIRAH BINTI IDRIS

NO MATRIK : 971129017172

KOS : AT-12 IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN (FIZIK) DENGAN KEPUJIAN


FAKULTI : FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK



Bab 12 :
Sekolah Dan Persekitaran








1. PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, sekolah merupakan tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Pengertian Sekolah adalah suatu lembaga yang digunakan untuk kegiatan belajar bagi para pendidik serta menjadi tempat memberi dan juga menerima pelajaran yang sesuai dengan bidangnya. Sekolah menjadi salah satu tempat untuk mendidik anak-anak dengan maksud untuk memberikan ilmu yang diberikan supaya mereka mampu menjadi manusia yang berguna bagi bangsa dan juga negara. 

2. ISI PENTING
Tiga perkara penting yang saya dapat pelajari dari topik ini adalah persekitaran fizikal, persekitaran psikososial, peranan ibu bapa dalam membantu sekolah dan peranan sekolah dan masyarakat. Persekitaran sekolah penting untuk membangkitkan semangat motivasi pelajar untuk datang ke sekolah, selain iklim sekolah yang harmoni. Persekitaran fizikal mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antaranya adalah mempunyai reka bentuk fizikal yang menarik, sumber bahan pembelajaran yang banyak, pencahayaan yang bagus, dan kebersihan yang sentiasa dititikberatkan. Persekitaran psikososial pula adalah mempunyai suasana yang selesa dan mesra, suasana yang dapat merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama kepada pelajar lain.
Ibu bapa merupakan ‘role model’ kepada pelajar, dan merupakan orang yang paling hampir atau rapat dengan pelajar. Ibu bapa mempunyai peranan mereka yang tersendiri dalam membantu sekolah dalam proses membentuk sahsiah dan akademik anak mereka. Sekolah dan ibu bapa mempunyai hubungan yang membolehkan pihak sekolah memberikan info terkini tentang pelajar-pelajar melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Selain itu, ibu bapa perlulah aktif dalam membantu pihak sekolah mengawasi aktiviti pelajar selepas waktu persekolahan. Ibu bapa juga perlu sentiasa peka dengan info yang disampaikan oleh pihak sekolah dan membantu pihak sekolah dengan sebaiknya. Justeru itu, ibu bapa perlulah memberi kerjasama dengan sebaiknya kepada pihak sekolah dalam membantu membentuk generasi pelajar yang berjaya.
Sekolah telah menjadi agen yang terbaik dalam membentuk pelajar yang menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran. Sekolah mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat. Di samping itu, sekolah melibatkan proses sosialisasi di mana pelajar belajar daripada masyarakat dan sekelilingnya, dan mereka menjadikan pelakuan tersebut sebahagian daripada mereka. Pendidikan dianggap suatu proses membentuk manusia berfikir secara kreatif dan kritis.

3. KESIMPULAN
Kesimpulannya, peranan ibu bapa, guru, sekolah dan juga masyarakat penting dalam membentuk sahsiah, akhlak dan akademik para pelajar. Selain itu juga, persekitaran merupakan perkara penting dalam merangsang minat pelajar untuk datang ke sekolah seterusnya untuk belajar dengan suasana yang harmoni.



Bab 13 : Pengurusan Alam Pembelajaran


Bab 13 :
Pengurusan Alam Pembelajaran




1. PENDAHULUAN
Menurut Muhammad Fathurrohman (2017), belajar merupakan konsep yang tidak dapat dihilangkan dalam proses belajar mengajar (pembelajaran). Pembelajaran adalah proses interaksi antara pelajar dan sumber belajar pada suatu lingkungan belajar. Menurut James Ang Jit Eng (2014), pengurusan merujuk kepada cara memudahkan, cara mengendali atau mengawal sesuatu perkara ataupun kumpulan manusia demi mencapai maklumat. Oleh itu, pengurusan pembelajaran adalah cara mengendali pelajar melalui interaksi antara guru dan pelajar.

2. ISI PENTING
Tiga isi penting yang saya pelajari dari topik ini adalah persediaan alam pembelajaran, teknik mengajar dan kepentingan perancangan pembelajaran dan pengajaran. Persediaan alam pembelajaran mempunyai dua komponen iaitu, persediaan sebelum mengajar dan persediaan semasa mengajar. Persediaan sebelum mengajar, guru perlulah bersedia menyediakan bahan mengajar yang dapat membantu pelajar memahami topik pengajaran yang diajarkan. Selain itu, guru juga perlulah bersedia dengan rekod aktiviti atau pengajaran yang akan dijalankan di dalam kelas dan mencapai objektif yang dimahukan. Persediaan sebelum mengajar ini penting supaya guru menyediakan diri untuk mengajar pelajar dengan sebaiknya.
Teknik mengajar mempunyai empat komponen penting iaitu, komunikasi dua hala, penggunaan alat bantu mengajar, nilai murni dan penggunaan bahasa asing. Komunikasi dua hala ini penting supaya guru dapat menyampaikan pembelajaran dengan lebih berkesan dan tepat. Selain itu, komunikasi dua hala ini dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pelajar dalam sesuatu matapelajaran yang diajarkan. Penggunaan alat bantu mengajar dapat menarik minat pelajar untuk fokus dalam pembelajaran mereka. Seterusnya, dapat melahirkan pelajar yang celik IT. Nilai murni pula dapat membentuk sahsiah pelajar yang baik. Penggunaan bahasa asing pula penting supaya dapat memberikan pendedahan kepada pelajar untuk belajar bahasa ketiga.
Perancangan pembelajaran dan pengajaran dilakukan untuk menepati objektif dan matlamat yang hendak disampaikan. Selain itu perancangan ini juga dapat memberikan kepada guru idea untuk lebih kreatif dan kritis dalam menarik minat pelajar untuk belajar di dalam kelas.




3. KESIMPULAN
Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran amat penting dalam memberikan penyediaan kepada guru untuk berfikir secara kreatif dan kritis untuk merancang pengajaran yang menarik. Selain itu, dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam akademik mereka.




Bab 11 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya


Bab 11

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya






BAB 11 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


I . PENGENALAN
Semua pelajar berhak mendapat layanan yang samarata dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti untuk pelajar dengan keperluan khas agar mereka mendapat pendidikan yang sempurna membolehkan mereka menjadi seorang insan yang berdikari, berjaya dalam kehidupan, dan memberi sumbang bakti kepada masyarakat dan negara.
II. ISI PENTING
·         Terdapat pelbagai kategori pelajar khas dikelaskan mengikut keistimewaan mereka dengan beberapa syarat yang menepati ciri-ciri mereka untuk membolehkan mereka menerima pendidikan khas di sekolah
·         Susunan bilik darjah serta perabot memainkan peranan penting supaya mewujudkan suasana sejahtera dan selesa untuk pelajar menerima segala pembelajaran mereka disekolah
·         Guru perlu memastikan alat bantu mengajar mestilah sentiasa dalam keadaan baik supaya boleh digunakan kerana ABM sangat penting untuk menarik fokus pelajar dalam kelas. Ia juga merupakan suatu jalan alternatif untuk mengubah mod pembelajaran kearah yang lebih baik
·         Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) ditakrifkan sebagai kanak-kanak yang telah diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli psikologi atau ahli audiologi sebagai kanak-kanak yang berkeperluan khas (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013)
·         Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya telah mendefinisikan bermasalah pembelajaran sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologikal yang melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah-masalah yang dihadapi mengakibatkan daya tumpuan, ingatan, pemikiran, koordinasi, komunikasi, kemahiran belajar, kemahiran sosial dan kematangan emosi
·         Guru pendidikan khas perlu menitikberatkan beberapa perkara supaya pembelajaran dapat dilakukan dengan lancar
III. RUMUSAN
Guru sewajarnya mengambil berat tentang pelajar istimewa supaya mereka rasa lebih dihargai dan tidak ketinggalan. Persepsi negatif tentang mereka perlu disangkal dari awal kerana sudah ramai dari kalangan pelajar istimewa melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi malah  mengharumkan nama negara ke persada dunia.








Bab 10 Pengurusan Pelbagai Budaya


NAMA  :NAWWAR RAIHAN BINTI ALIAS
NO. MATRIK  :D20171078168
KOS  :AT-12 ISMP FIZIK
FAKULTI  :SAINS DAN MATEMATIK


Bab 10

Pengurusan Pelbagai Budaya








CABARAN KEPELBAGAIAN BUDAYA

v    Hubungan yang renggang antara murid islam dengan bukan islam

v    Menghubungkan jurang persepsi dan ilmu antara guru dan pelajar semasa P&P

ANALISIS SWOT


q  Analisis SWOT ialah kaedah rancangan strategik yang digunakan untuk menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang ada dalam sesebuah organisasi.
q  Melibatkan penentuan faktor dalaman dan luaran yang membantu atau menghalang pencapaian objektif
q  Penentuan objektif organisasi perlu dibuat selepas analisis SWOT dilakukan. Hal ini bertujuan untuk memastikan matlamat atau objektif organisasi boleh tercapai
KEKUATAN
       Pencapaian kokurikulum sekolah sentiasa meningkat sehingaa ke peringkat kebangsaan
       Mempunyai pelbagai kaum
Mempunyai Alumni yang banyak membantu sekolah
KELEMAHAN
       Kedudukan tempat yang tidak strategik
Contoh : bilik kaunseling dan perpustakaan yang berdekatan dengan kelas )
Peralatan sukan yang tidak mencukupi
HALANGAN
       Kos penyelenggaran yang tinggi
       Peruntukan yang kurang dari Kementerian Pendidikan Malaysia
Ruang pejabat yang terhad
PENAMBAHBAIKKAN
       Menjalankan aktiviti kutipan dana
       Menggalakkan pelajar membawa peralatan sukan dari rumah seperti raket badminton
       Mewujudkan sebuah tempat yang sesuai untuk kedudukan kelas
I . PENGENALAN
Pengurusan
          Pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan yang menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.
Budaya
       Sistem yang kompleks perilaku, nilai-nilai, keyakinan, tradisi dan artefak, yang ditularkan melalui generasi yang meliputi berbagai aspek komunikasi, sikap, etika, keyakinan, nilai-nilai, adat istiadat,
Pengurusan Budaya
          Merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah.
II . ISI PENTING
       Kepelbagaian Budaya (Noraini, 2015) : Kepelbagaian budaya merangkumi pemahaman, penghargaan dan penilaian terhadap budaya seseorang dan etnik masyarakat.
       Konsep Kepelbagaian Budaya : Konsep pendidikan yang memberi peluang pendidikan kepada semua murid yang berbeza daripada aspek etnik, keturunan, bahasa, adat resam dan budaya untuk mendpat pendidikan yang adil dan sama rata dan berinteraksi serta memahami setiap rakan dalam bilik darjah dengan baik 
       Kepelbagaian Budaya Murid dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya, murid itu sendiri, sekolah, pengajaran dan pembelajaran dan guru
       Pengurusan merentas budaya disekolah dilaksanakan dengan kerjasama pelajar, guru serta sekolah
       Terdapat isu kepelbagaian budaya di sekolah iaitu sukar untuk mendapatkan kerjasama dalam kumpulan, masalah komunikasi dan bahasa, sukar mewujudkan persefahaman serta wujudnya rasa rendah diri dan kurang berkeyakinan dalam diri pelajar
       Cabaran kepelbagaian budaya iaitu hubungan murid Islam dengan bukan Islam menjadi renggang dan mewujudkan jurang persepsi dan ilmu antara guru dan pelajar dalam P&P
III .  Analisis SWOT ialah kaedah rancangan strategik yang digunakan untuk menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang ada dalam sesebuah organisasi yang melibatkan penentuan faktor dalaman dan luaran yang membantu atau menghalang pencapaian objektif  Penentuan objektif organisasi perlu dibuat selepas analisis SWOT dilakukan. Hal ini bertujuan untuk memastikan matlamat atau objektif organisasi boleh tercapai.Terdapat banyak kekuatan dan kelemahan yang diperolehi apabila Analisis SWOT ini dijalankan.
IV . RUMUSAN
Pengurusan Budaya disekolah perlu ditikberatkan bagi menjamin kesemakmuran pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum justeru mengekalkan perpaduan antara kaum sejak dibangku sekolah lagi. Kerjasama daripada pelbagai pihak sangat penting bagi menjayakan matlamat sekolah dan negara seperti pelajar lain membantu pelajar khas dengan menyediakan kelengkapan untuk menjalankan sesuatu aktiviti, bukan itu sahaja guru berperanan menjalankan tanggungjawab mereka dengan samarata dan tidak memihak kepada sesiapapun kerana tugas seorang guru iaitu memimpin mereka dengan adil disamping mendidik mereka dengan nilai moral bersepadu.



Wednesday, 28 November 2018

Bab 9 : Pengurusan Penasihatan Murid

Bab 9 :
          Pengurusan 
    Penasihatan Murid


DEFINISI
1.      BIMBINGAN
·         Menurut Gladding , 2000 , bimbingan ialah proses membantu individu membuat keputusan yang penting dalam hidupnya yang akan mempengaruhi kehidupannya.
·         Suradi 1997 , pula mengatakan bimbingan ialah proses untuk membantu individu memehami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan , keupayaan dan bakat yang ada denga sepenuhnya.
·         Menurut Schetzer & Stone (1971 ) pula , bimbingan sebagai proses menolong individu untuk memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa bimbingan adalah bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau normal yang sedang mengalami perkembangan dan pertumbuhan mental , social , intelek , fizikal , emosi , kejiwaan dan kerohanian. Iaitu proses yang mengakibatkan pembentukan matlamat dan nilai hidup individu itu sehingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar diambil pada masa sekarang dan masa depan.
2.      KAUNSELING
·         Kaunseling pula merupakan satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi ya ng dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan , kemajuan dan penyesuaian yang holistic , baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan , kemajuan  dan penyelesaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien ( AKTA KAUNSELOR 1998 ).
3.      NASIHAT
·         Zuraidah (1994) menyatakan memberi nasihat adalah strategi untuk menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Ia merupakan satu cara yang mudah bagi mengelakkan diri daripada memahami , memeriksa dan menjelajah masalah yang dihadapi.
·          Mengikut Kamus Dewan (1994 ) nasihat ialah ajaran , petunjuk yang baik , peringatan , mengusulkan , mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal.
·        Gibson dan Mitchell (1999) menyatakan nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. Ia juga mengajar bagaimana untuk berfikir dan bertindak.
KONSEP PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
1.      Konsep Bimbingan
·         Bimbingan adalah satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu khasnya.
·         Bimbingan juga adalah proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaa dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.
·         Bimbingan adalah merupakan bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau yang normal yang mengalami P&P mental, sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian. Bimbingan juga merupakan proses pembentukan maklumat dan nilai individu itu sehingga dia sapat menentukan tindakan yang wajar di ambil pada masa sekarang dan pada masa hadapan.

2.      Konsep Kaunseling
·         Kaunseling merupakan proses untuk membantu perhubunganberdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan. Kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien. Menurut Persatuan Kaunseling amerika pula, kaunseling merujuk kepada aplikasi prinsip-prinsip kesihatan mental, psikologi atau perkembanganmanusia serta strategi intervensi kognitif, afektif atau tingkah laku bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan pertumbuhan peribadi, perkembangan kerjaya atau patologi.

TEORI PSIKOANALITIK

·         Sigmund Freud menekankan pentingnya peristiwa masa kanak-kanak dan pengalaman, namun hampir secara khusus berfokus pada gangguan mental bukan yang berfungsi normal.
·         Menurut Freud, perkembangan anak digambarkan sebagai serangkaian “tahap psikoseksual”. Dalam “Essay Tiga pada Seksualitas” (1915), Freud menguraikan tahapan ini sebagai oral, anal, latency tiang, dan kelamin. Setiap tahap melibatkan kepuasan hasrat libidinal dan kemudian dapat memainkan peran dalam kepribadian orang dewasa.
·         Dalam pribadi manusia, ada yang disebut dengan ID (naluri), EGO (saya/aku), dan SUPEREGO (norma). Ketiga hal ini akan membantu manusia untuk beradaptasi dengan lingkungan hidupnya. Secara naluriah, manusia akan berusaha bertahan hidup dengan cara apa pun seperti yang disebut di atas, termasuk mempertahankan diri tentang eksistensinya dalam lingkungan.
1.      ID merupakan kodrat makhluk. Id adalah naluri makhluk hidup dalam rangka mempertahankan eksistensinya di muka bumi. Bertahan hidup dalam arti yang luas pada dasarnya merupakan segala aspek yang kita lihat di bumi ini. Id pada manusia termasuk naluri untuk berkembang biak, mempertahankan diri dari ancaman, naluri untuk bebas dari rasa lapar dan haus seperti halnya makhluk lain.
2.      Ego (pribadi) merupakan inti dari kesatuan manusia, dan bila terjadi ancaman terhadap ego hal ini merupakan ancaman terhadap tulang punggung (eksistensi) manusia. Sehingga kegagalan/kekecewaan terhadap pencapaian hal tersebut, atau terusiknya ego manusia, salah satunya diungkapkan dengan marah.
3.      Dorongan dari id, menjadi tidak dapat diterima oleh seseorang bukan saja ketika Ego-nya mengantisipasi ketidakmungkinan sementara karena karena kondisi dan keadaan, tapi juga secara lebih permanen. Hal itu disebabkan karena sistem ketiga dari pikiran manusia yang disebut superego. Superego merupakan pengendali dari ego dan id yang bukan berasal dari dalam diri tetapi dari penyerapan standar aturan dan pranata dari pendidikan orang tua.

TEORI PSIKOLOGI INDIVIDU
·         Teori Psikologi Individu memfokuskan kepada keunikan yang dimiliki oleh seseorang individu dan Adler menolak mengenai desakan seksual menentukan personaliti seseorang.
·         Menurut Adler, fenomena psikologi yang dialami oleh setiap individu itu adalah berbeda antara satu sama lain tetapi bersifat konsisten antara satu sama lain yaitu untuk mencapai kehendak superioriti. Kegagalan seseorang individu berhadapan dengan cabaran hidup mendorong individu bersifat lemah, pasif dan defensif yaitu individu ini sedang mengalami inferiority complex.
·         Minat Sosial (Social Interest)
·        Adler berpendapat bahwa minat sosial adalah sebahagian dari hakikat manusia dalam jumlah yang berbeza  pada tingkah laku setiap orang. Minat sosial membuat individu mampu berjuang mengejar superioritas dengan cara yang sihat dan tidak tersesat ke salah suai. Bahawa semua kegagalan, neurotik, psikotik, kriminal, pemabuk, anak bermasalah, dst., menurut Adler, terjadi karena penderita kurang memiliki minat sosial.
PRINSIP-PRINSIP PENASIHATAN MURID
1.      Tiap-tiap pelajar yang menghadapi masalah harus diberi peluang perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, tanpa mengira kaum, status sosial, latar belakang dan agama atau kepercayaannya.
2.      Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ialah tanggungjawab bersama, iaitu kerjasama harus wujud bukan sahaja di antara kaunselor dan pelajar yang memerlukan bimbingan, tetapi juga di antara kaunselor dengan pihak sekolah termasuk rakan sejawat dan ibu bapa yang berkenaan.
3.      Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling haruslah diuruskan mengikut prosedur dan peraturan atau tata cara yang ditetapkan. Ia menjadi berkesan apabila dirancang secara sistematik dan teratur.
4.      Kaunseling ialah interaksi di antara kaunselor dengan pelajar berdasarkan perhubungan mesra dan kepercayaan.
5.      Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hanya boleh diberi kepada pelajar yang sudi rela menerimanya dan tidak boleh dipaksa, termasuk memilih tempat perbincangan.
6.      Sesi kaunseling hanya boleh dijalankan di antara kaunselor dan kliennya di dalam bilik yang disediakan khas.
7.      Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak pelajar. Segala maklumat pelajar adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja.
8.      Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan dalam situasi bersendirian di antara kaunselor dan pelajar sahaja. Segala perkara yang dibincangkan haruslah dirahsiakan.
9.      Tindakan susulan hendaklah dirancangkan selepas proses perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling agar memastikan masalah yang dihadapi, sama ada akademik ataupun emosi-sosial, tidak akan timbul semula.
10.  Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hanya boleh diuruskan oleh kaunselor yang bertauliah atau guru bimbingan yang terlatih, iaitu orang yang mahir serta berupaya membimbing klien dirinya menyelesaikan masalah akademik ataupun masalah peribadi.
KEPENTINGAN PENASIHATAN
Penasihatan membantu murid-murid untuk membantu diri mereka dan untuk memperkembangkan potensi mereka secara optimum dengan menggunakan peluang maksima yang dibekalkan oleh sesuatu persekitaran.
Antara kepentingannya ialah :
1.      membantu murid-murid untuk memahami diri mereka sendiri. Ia juga membantu murid-murid dalam pengalaman mereka dengan benda-benda dan dunia di sekeliling mereka.
2.      mempunyai kepentingan kendiri dan sosial.
3.      membantu individu-individu untuk memperkembangkan kebolehan dan kekuatan mereka untuk mencapai efisensi kendiri dan sosial.
4.     bertujuan untuk mengakhiri pembaziran resos manusia dan fizikal dengan membantu individu-individu untuk mencari kedudukan mereka dalam masyarakat.

RUMUSAN BAB 9

Suradi 1997 , mengatakan bimbingan ialah proses untuk membantu individu memehami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan , keupayaan dan bakat yang ada denga sepenuhnya. Kaunseling pula merupakan satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi ya ng dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan , kemajuan dan penyesuaian yang holistic , baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan , kemajuan  dan penyelesaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien ( AKTA KAUNSELOR 1998 ).
Selain itu, terdapat beberapa prinsip penasihatan murid. Antaranya ialah Tiap-tiap pelajar yang menghadapi masalah harus diberi peluang perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, tanpa mengira kaum, status sosial, latar belakang dan agama atau kepercayaannya, perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ialah tanggungjawab bersama, iaitu kerjasama harus wujud bukan sahaja di antara kaunselor dan pelajar yang memerlukan bimbingan, tetapi juga di antara kaunselor dengan pihak sekolah termasuk rakan sejawat dan ibu bapa yang berkenaan dan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling haruslah diuruskan mengikut prosedur dan peraturan atau tata cara yang ditetapkan. Ia menjadi berkesan apabila dirancang secara sistematik dan teratur.
Bimbingan, penasihatan dan kaunseling merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantumurid-murid dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan. Langkah yang berbeza ini bertepatan kerana setiap individu mempunyai masalah konflik dan matlamat tersendiri. Cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid harus diwujudkan agar mereka menyedari kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang diri mereka.

Laporan dan poster kumpulan 7

Sila klik link di bawah untuk melihat laporan kumpualn. https://drive.google.com/file/d/1gm5ltrJFmqyJzHlZsUI5RDW7m9KK1 gaa/view?u...