Wednesday, 28 November 2018

Bab 9 : Pengurusan Penasihatan Murid

Bab 9 :
          Pengurusan 
    Penasihatan Murid


DEFINISI
1.      BIMBINGAN
·         Menurut Gladding , 2000 , bimbingan ialah proses membantu individu membuat keputusan yang penting dalam hidupnya yang akan mempengaruhi kehidupannya.
·         Suradi 1997 , pula mengatakan bimbingan ialah proses untuk membantu individu memehami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan , keupayaan dan bakat yang ada denga sepenuhnya.
·         Menurut Schetzer & Stone (1971 ) pula , bimbingan sebagai proses menolong individu untuk memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa bimbingan adalah bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau normal yang sedang mengalami perkembangan dan pertumbuhan mental , social , intelek , fizikal , emosi , kejiwaan dan kerohanian. Iaitu proses yang mengakibatkan pembentukan matlamat dan nilai hidup individu itu sehingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar diambil pada masa sekarang dan masa depan.
2.      KAUNSELING
·         Kaunseling pula merupakan satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi ya ng dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan , kemajuan dan penyesuaian yang holistic , baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan , kemajuan  dan penyelesaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien ( AKTA KAUNSELOR 1998 ).
3.      NASIHAT
·         Zuraidah (1994) menyatakan memberi nasihat adalah strategi untuk menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Ia merupakan satu cara yang mudah bagi mengelakkan diri daripada memahami , memeriksa dan menjelajah masalah yang dihadapi.
·          Mengikut Kamus Dewan (1994 ) nasihat ialah ajaran , petunjuk yang baik , peringatan , mengusulkan , mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal.
·        Gibson dan Mitchell (1999) menyatakan nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. Ia juga mengajar bagaimana untuk berfikir dan bertindak.
KONSEP PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
1.      Konsep Bimbingan
·         Bimbingan adalah satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu khasnya.
·         Bimbingan juga adalah proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaa dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.
·         Bimbingan adalah merupakan bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau yang normal yang mengalami P&P mental, sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian. Bimbingan juga merupakan proses pembentukan maklumat dan nilai individu itu sehingga dia sapat menentukan tindakan yang wajar di ambil pada masa sekarang dan pada masa hadapan.

2.      Konsep Kaunseling
·         Kaunseling merupakan proses untuk membantu perhubunganberdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan. Kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien. Menurut Persatuan Kaunseling amerika pula, kaunseling merujuk kepada aplikasi prinsip-prinsip kesihatan mental, psikologi atau perkembanganmanusia serta strategi intervensi kognitif, afektif atau tingkah laku bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan pertumbuhan peribadi, perkembangan kerjaya atau patologi.

TEORI PSIKOANALITIK

·         Sigmund Freud menekankan pentingnya peristiwa masa kanak-kanak dan pengalaman, namun hampir secara khusus berfokus pada gangguan mental bukan yang berfungsi normal.
·         Menurut Freud, perkembangan anak digambarkan sebagai serangkaian “tahap psikoseksual”. Dalam “Essay Tiga pada Seksualitas” (1915), Freud menguraikan tahapan ini sebagai oral, anal, latency tiang, dan kelamin. Setiap tahap melibatkan kepuasan hasrat libidinal dan kemudian dapat memainkan peran dalam kepribadian orang dewasa.
·         Dalam pribadi manusia, ada yang disebut dengan ID (naluri), EGO (saya/aku), dan SUPEREGO (norma). Ketiga hal ini akan membantu manusia untuk beradaptasi dengan lingkungan hidupnya. Secara naluriah, manusia akan berusaha bertahan hidup dengan cara apa pun seperti yang disebut di atas, termasuk mempertahankan diri tentang eksistensinya dalam lingkungan.
1.      ID merupakan kodrat makhluk. Id adalah naluri makhluk hidup dalam rangka mempertahankan eksistensinya di muka bumi. Bertahan hidup dalam arti yang luas pada dasarnya merupakan segala aspek yang kita lihat di bumi ini. Id pada manusia termasuk naluri untuk berkembang biak, mempertahankan diri dari ancaman, naluri untuk bebas dari rasa lapar dan haus seperti halnya makhluk lain.
2.      Ego (pribadi) merupakan inti dari kesatuan manusia, dan bila terjadi ancaman terhadap ego hal ini merupakan ancaman terhadap tulang punggung (eksistensi) manusia. Sehingga kegagalan/kekecewaan terhadap pencapaian hal tersebut, atau terusiknya ego manusia, salah satunya diungkapkan dengan marah.
3.      Dorongan dari id, menjadi tidak dapat diterima oleh seseorang bukan saja ketika Ego-nya mengantisipasi ketidakmungkinan sementara karena karena kondisi dan keadaan, tapi juga secara lebih permanen. Hal itu disebabkan karena sistem ketiga dari pikiran manusia yang disebut superego. Superego merupakan pengendali dari ego dan id yang bukan berasal dari dalam diri tetapi dari penyerapan standar aturan dan pranata dari pendidikan orang tua.

TEORI PSIKOLOGI INDIVIDU
·         Teori Psikologi Individu memfokuskan kepada keunikan yang dimiliki oleh seseorang individu dan Adler menolak mengenai desakan seksual menentukan personaliti seseorang.
·         Menurut Adler, fenomena psikologi yang dialami oleh setiap individu itu adalah berbeda antara satu sama lain tetapi bersifat konsisten antara satu sama lain yaitu untuk mencapai kehendak superioriti. Kegagalan seseorang individu berhadapan dengan cabaran hidup mendorong individu bersifat lemah, pasif dan defensif yaitu individu ini sedang mengalami inferiority complex.
·         Minat Sosial (Social Interest)
·        Adler berpendapat bahwa minat sosial adalah sebahagian dari hakikat manusia dalam jumlah yang berbeza  pada tingkah laku setiap orang. Minat sosial membuat individu mampu berjuang mengejar superioritas dengan cara yang sihat dan tidak tersesat ke salah suai. Bahawa semua kegagalan, neurotik, psikotik, kriminal, pemabuk, anak bermasalah, dst., menurut Adler, terjadi karena penderita kurang memiliki minat sosial.
PRINSIP-PRINSIP PENASIHATAN MURID
1.      Tiap-tiap pelajar yang menghadapi masalah harus diberi peluang perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, tanpa mengira kaum, status sosial, latar belakang dan agama atau kepercayaannya.
2.      Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ialah tanggungjawab bersama, iaitu kerjasama harus wujud bukan sahaja di antara kaunselor dan pelajar yang memerlukan bimbingan, tetapi juga di antara kaunselor dengan pihak sekolah termasuk rakan sejawat dan ibu bapa yang berkenaan.
3.      Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling haruslah diuruskan mengikut prosedur dan peraturan atau tata cara yang ditetapkan. Ia menjadi berkesan apabila dirancang secara sistematik dan teratur.
4.      Kaunseling ialah interaksi di antara kaunselor dengan pelajar berdasarkan perhubungan mesra dan kepercayaan.
5.      Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hanya boleh diberi kepada pelajar yang sudi rela menerimanya dan tidak boleh dipaksa, termasuk memilih tempat perbincangan.
6.      Sesi kaunseling hanya boleh dijalankan di antara kaunselor dan kliennya di dalam bilik yang disediakan khas.
7.      Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak pelajar. Segala maklumat pelajar adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja.
8.      Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan dalam situasi bersendirian di antara kaunselor dan pelajar sahaja. Segala perkara yang dibincangkan haruslah dirahsiakan.
9.      Tindakan susulan hendaklah dirancangkan selepas proses perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling agar memastikan masalah yang dihadapi, sama ada akademik ataupun emosi-sosial, tidak akan timbul semula.
10.  Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hanya boleh diuruskan oleh kaunselor yang bertauliah atau guru bimbingan yang terlatih, iaitu orang yang mahir serta berupaya membimbing klien dirinya menyelesaikan masalah akademik ataupun masalah peribadi.
KEPENTINGAN PENASIHATAN
Penasihatan membantu murid-murid untuk membantu diri mereka dan untuk memperkembangkan potensi mereka secara optimum dengan menggunakan peluang maksima yang dibekalkan oleh sesuatu persekitaran.
Antara kepentingannya ialah :
1.      membantu murid-murid untuk memahami diri mereka sendiri. Ia juga membantu murid-murid dalam pengalaman mereka dengan benda-benda dan dunia di sekeliling mereka.
2.      mempunyai kepentingan kendiri dan sosial.
3.      membantu individu-individu untuk memperkembangkan kebolehan dan kekuatan mereka untuk mencapai efisensi kendiri dan sosial.
4.     bertujuan untuk mengakhiri pembaziran resos manusia dan fizikal dengan membantu individu-individu untuk mencari kedudukan mereka dalam masyarakat.

RUMUSAN BAB 9

Suradi 1997 , mengatakan bimbingan ialah proses untuk membantu individu memehami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan , keupayaan dan bakat yang ada denga sepenuhnya. Kaunseling pula merupakan satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi ya ng dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan , kemajuan dan penyesuaian yang holistic , baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan , kemajuan  dan penyelesaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien ( AKTA KAUNSELOR 1998 ).
Selain itu, terdapat beberapa prinsip penasihatan murid. Antaranya ialah Tiap-tiap pelajar yang menghadapi masalah harus diberi peluang perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, tanpa mengira kaum, status sosial, latar belakang dan agama atau kepercayaannya, perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ialah tanggungjawab bersama, iaitu kerjasama harus wujud bukan sahaja di antara kaunselor dan pelajar yang memerlukan bimbingan, tetapi juga di antara kaunselor dengan pihak sekolah termasuk rakan sejawat dan ibu bapa yang berkenaan dan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling haruslah diuruskan mengikut prosedur dan peraturan atau tata cara yang ditetapkan. Ia menjadi berkesan apabila dirancang secara sistematik dan teratur.
Bimbingan, penasihatan dan kaunseling merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantumurid-murid dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan. Langkah yang berbeza ini bertepatan kerana setiap individu mempunyai masalah konflik dan matlamat tersendiri. Cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid harus diwujudkan agar mereka menyedari kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang diri mereka.

Bab 8 : Pengurusan Tingkah Laku Dan Disiplin



NAMA : SANIATHILAH BINTI MOHAMED

NO MATRIK : D20171077973

PROGRAM : AT-O7 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN EKONOMI RUMAH TANGGA DENGAN KEPUJIAN


FAKULTI : TEKNIKAL DAN VOKASIONAL




Bab 8 :
Pengurusan Tingkah Laku Dan Disiplin




DEFINISI DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU.
Disiplin  merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari dengan kehendak agama,norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara.namun begitu sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh golongan pelajar;apatah lagi banyak unsur lain yang mempengaruhi perkembangan mental mereka.gejala seperti ponteng sekolah,ponteng kelas,melawan guru,bersikap anti-sosial,bergaduh,membuli,merokok dan sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan
Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
JENIS-JENIS DISIPLIN.    
      Disiplin Arahan Guru
·         Keadaan yang membuat murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang sudah ditentukan tanpa dikenakan denda atau diberi ganjaran. 
·         Disiplin arahan diri diwujudkan atas kesedaran bahawa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah adalah semata-mata untuk kebaikan murid-murid itu sendiri. 
·         Disiplin arahan diri biasanya boleh diwujudkan secara tidak sedar apabila murid-murid telah mencapai tahap kematangan, iaitu boleh berfikir secara rasional. 
·         Disiplin arahan diri juga boleh dipupuk melalui latihan dan bimbingan guru seperti menerangkan kepentingan dan kebaikan mematuhi peraturan-peraturan sekolah, menyerapkan nilai-nilai murni dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 
     



Disiplin Arahan Kerja
·         Disiplin arahan kerja diwujudkan apabila sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru perla diselesaikan oleh murid dalam tempoh masa yang ditetapkan.
·         Disiplin jenis ini dibentuk berlandaskan kesedaran keperluan dan tanggungjawab serta kebaikannya untuk murid-murid mematuhi arahan dan menyempurnakan tugasan mengikut jadual.
·         Disiplin arahan kerja ini mempunyai ciri motivasi yang positif kerana disiplin jenis ini dapat menggalakkan murid menyelesaikan tugasan untuk kebaikan dan kepentingan sendiri.
·         Sememangnya, tidak semua murid mempunyai disiplin arahan kerja dan mematuhi arahan guru dalam menyempurnakan tugasan mereka mengikut jadual.
·         Mematuhi disiplin jenis ini bergantung kepada kematangan murid serta jenis tugasan yang diberikan.
·         Secara amnya, disiplin arahan kerja dapat diwujudkan apabila tugasan yang diberikan adalah menarik, bermakna, boleh disempurnakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan, sesuai dengan umur dan keupayaan murid itu.
Disiplin Arahan Kumpulan
·         Disiplin arahan kumpulan diwujudkan antara ahli dalam dinamika kumpulan yang sedia ada atau dalam pembentukan berbagai-bagai kumpulan dengan tujuan menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran.
·         Kumpulan dibentuk berdasarkan kepada norma, nilai dan kepercayaan ahli-ahli yang serupa.
·         Tingkah laku murid dapat dikawal semasa interaksi berlaku di antara rakan sebaya.
·         Murid yang tidak mematuhi norma dinamika kumpulan itu akan disingkirkan.
·         Proses penyesuaian dan penyingkiran yang berlaku antara ahli dalam dinamika kumpulannya menghasilkan disiplin arahan kumpulan.
·         Guru biasanya menggunakan dinamika kumpulan itu untuk mengawal setengah-setengah murid yang sering melanggar disiplin bilik darjah.
·         Bimbingan yang sesuai harus diberikan kepada ketua-ketua kumpulan mereka supaya norma dan kepercayaan yang diamalkan adalah sesuai, sihat dan setimpal dengan disiplin bilik darjah.
·         Di bawah kawalan ketua kumpulan juga, murid-murid dapat melaksanakan aktiviti kumpulan secara sistematik, teratur serta licin.  

Disiplin Arahan Diri 
·         Keadaan yang membuat murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang sudah ditentukan tanpa dikenakan denda atau diberi ganjaran. 
·         Disiplin arahan diri diwujudkan atas kesedaran bahawa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah adalah semata-mata untuk kebaikan murid-murid itu sendiri. 
·         Disiplin arahan diri biasanya boleh diwujudkan secara tidak sedar apabila murid-murid telah mencapai tahap kematangan, iaitu boleh berfikir secara rasional. 
·         Disiplin arahan diri juga boleh dipupuk melalui latihan dan bimbingan guru seperti menerangkan kepentingan dan kebaikan mematuhi peraturan-peraturan sekolah, menyerapkan nilai-nilai murni dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Tingkah laku positif
Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya. Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain.
1.            Tingkah Laku Dorongan Naluri Ingin Tahu
Naluri ingin tahu terdapat pada setiap individu. Pada peringkat awal,kanak – kanak akan bergerak menuju ke arah bungkusan yang terletak di atasmeja. Seterusnya dia akan mengoyakkan pembalut bungkusan tersebut untukmelihat barang yang terdapat di dalamnya. Perbuatan ini akan menyebabkanmurid bertindak dengan cepat tanpa menerima arahan daripada guru. Tingkahlaku seperti ini boleh menimbulkan situasi berbahaya terutamanya di dalammakmal.
2.            Tingkah Laku Murid Cepat Belajar 
Murid – murid dalam kategori ini biasanya akan dapat memahami sesuatukonsep dengan depat. Oleh itu, jika guru mengulangi penerangannya, murid –murid yang cepat belajar ini akan berasa bosan dan tidak akan memberipenumpuan lagi. Lantaran itu, mereka mula menimbulkan pelbagai jenisgangguan seperti mengusik rakan yang duduk di sebelah yang tentunya akanmenjejaskan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
3.            Tingkah Laku Murid Pintar Cerdas
Pelajar pintar cerdas mempunyai kebolehan atau potensi dalam aktivitiintelek seperti pemikiran abstrak, pemikiran logik, kemahiran lisan danmempunyai daya reka cipta yang tinggi. Daya ingatan pelajar seperti ini adalahtinggi. Pelajar dalam golongan ini juga mempunyai bakat khas dalam matematik,sains, seni lukis, drama, penulisan, muzik dan hubungan manusia. Mereka cepatmencapai pemahaman terhadap konsep – konsep yang di sampaikan. Inimenyebabkan mereka akan merasa cepat bosan sekiranya kaedah pengajaranguru adalah lambat dan tidak menarik. Kebosanan ini akan menyebabkanmereka menimbulkan pelbagai jenis masalah di dalam kelas. Ini bermaknaproses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas sekiranya keperluan pelajar pintar cerdas tidak dipenuhi.
4.            Tingkah Laku Murid Proaktif 
Murid – murid seperti ini sentiasa aktif dan bertindak denagn penuhsemangat. Mereka jarang menunggu arahan untuk melakukan sesuatu.Contohnya, selepas sahaja memerhati satu demonstrasi di dalam makmal,mereka ingin menjalankan uji kaji tersebut dengan serta merta. Tingkah laku iniboleh menimbulkan masalah kerana tanpa arahan yang jelas, kemalangan bolehberlaku.

B.        Tingkah laku bermasalah negative
Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain. Beberapa contoh tingkah laku bermasalah negatif adalah sepertiberikut: 

i.          Tingkah laku Disruptif/mengganggu
Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah.
ii.         Pergantungan berlebihan
Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari, dan tidak berupaya membuat keputusan sendiri.Contohnya tidak mahu hadir ke sekolah tanpa ditemani ibu. Kadangkala ada ibu yang terpaksa duduk di luar kelas.
iii.        Agresif
Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka memaki hamun, dan sebagainya.
iv.        Distruktif/merosakkan
Perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.
v.         Kebimbangan
Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang .
vi.        Pengasingan diri
Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.
vii.       Ponteng sekolah
Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa dengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau taman permainan.
viii.      Enggan ke sekolah 
Enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah. Kanak-kanak ini berasa bimbang untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan kawasan rumahnya.
ix.        Mencuri
Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. Tabiat mencuri barang rakan sekelas akan menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan dipulaukan oleh rakan sekelas.

x.             Pengunduran Diri
Pengunduran diri bermakna penarikan diri daripada suatu situasi yangkurang selamat atau mengancam. Kadangkala, pengunduran diri juga dilakukanuntuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian terhadap satu – satu masalah. Didalam bilik darjah, pengunduran diri adalah nyata apabila seseorang pelajar tidakberupaya menjawab soalan guru. Selain itu, pelajar – pelajar yang tidakmempunyai kemahiran dalam apa sahaja permainan biasanya akan mengundur diri apabila guru memilih pemain – pemain bagi satu permainan.
xi.            Tingkah Laku Murung
Kemurungan merujuk kepada satu – satu keadaan yang amat sedih. Iaboleh dialami oleh sesiapa sahaja. Pelajar yang mengalami kemurungan tidakberupaya berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah dan sentiasa termenungdan berkhayal

xii.           Hiperaktif 
Hiperaktif merujuk kepada keadaan seseorang individu yang terlampauaktif berbanding keadaan yang biasa. Ciri-ciri murid hiperaktif ialah tidak bolehduduk diam, selalu gelisah, suka merungut, kelakuan sukar diramal, mudahmelenting dan tindak balas berlebihan. Punca hiperaktif ialah kecederaan otak,pemakanan dan baka. Kesan hiperaktif ialah kendiri yang rendah, tidak dapatbelajar secara optimum, sosial yang rendah, kesabaran yang rendah dan selalukeseorangan
KONSEP GURU MENJALANKAN HUKUMAN BERDASARKAN UNDANG-UNDANG http://journal.kuis.edu.my/omje/wp-content/uploads/2017/04/01-11_Vol.1_No.1_2017-1.pdf
Secara umumnya, konsep disiplin merangkumi latihan membentuk, membetul, ataupun melengkapkansuatu sistem peraturan berkenaan tingkah laku mengikut peraturan-peratutran yang diwujudkan.Menurutnya lagi, pada peringkat sekolah, disiplin adalah peraturan yang dikenakan ke atas murid-murid dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman ataupun ganjaran (Mohd. Ismail Othman,2008).
Dalam konteks di Malaysia, undang-undang dan peraturan disiplin yang dipraktikkan di sekolah-sekolahdi Malaysia adalah berdasarkan kepada tiga rujukan utama, iaitu (James Ang Jit Eng, 2011):
a) Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, iaitu peraturan yang dibuat
berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 116, Ordinan Pelajaran 1957.
b) Buku-buku panduan pengurusan disiplin yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
c) Surat-surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia secara berkala

Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 (selepas ini disebut Peraturan 1959) merupakan peraturan induk pengurusan disiplin di sekolah-sekolah seluruh Malaysia melainkan sekolah yang dikecualikan daripada pendaftaran di bawah seksyen 114(2) Ordinan Pelajaran 1957, dan sekolah gaya pos (Peraturan 1). Menurut James Ang Jit Eng (2011), antara perkara utama yang diperuntukkan dalam Peraturan 1959 ialah seperti berikut:
a) Guru besar sebagai adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah (Peraturan4)
b) Perwakilan kuasa oleh guru besar kepada guru lain dalam tindakan disiplin (Peraturan6)
c) Tatacara hukuman rotan (Peraturan 5)
d) Kuasa guru besar dalam menggantung persekolahan atau membuang sekolah terhadap murid atas kesalahan disiplin (Peraturan 8, 11, dan 12)
Sementara itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerbitkan buku-buku panduan
bagi memberi garis panduan dalam menguruskan disiplin di sekolah, sebagai menghuraikan Peraturan
1959 dalam bentuk operasi. Buku-buku ini diterbit dan diedarkan ke sekolah-sekolah untuk panduan pentadbir sekolah, guru-guru, murid-murid, malah ada yang dikhususkan untuk ibu bapa. Buku yang telah diterbitkan untuk tujuan ini ialah sebagaimana berikut (James Ang Jit Eng, 2011):
a) Panduan Am Disiplin Sekolah-sekolah (1981)
b) Panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-Murid Sekolah (1982)
c) Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru (1983)
d) Panduan Disiplin untuk Pelajar-pelajar (1988)
e) Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng (1994)
f) Panduan Pengurusan Menangani Buli di Sekolah (2005)
FAKTOR MENYEBABKAN MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAHLAKU
Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berpunca daripada faktor-faktor tertentu. Guru perlu memahami faktor-faktor yang menjadi punca masalah tingkah laku muridnya supaya menjadi panduan dalam merangka program pengurusan tingkah laku bagi murid tersebut. Roger Stancliffe (tidak bertarikh) telah menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku kanak-kanak.
1.      Faktor persekitaran
Sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran seperti bunyi bising, sejuk, panas, dan lain-lain. Perubahan tingkah laku akan ditunjukkan terutamanya bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan teruk, autisme, dan lain-lain.
2.      Tekanan psikologi
Individu yang mengalami masalah tingkah laku obsesif dan tingkah laku yang sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan tingkah laku tersebut. Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau dihalang.
3.      Ketakutan dan fobia
Fobia adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap sesuatu. Fobia termasuk juga takut terhadap sesuatu yang berbahaya seperti ular atau ketinggian yang melebihi tahap bahaya sebenar perkara tersebut. Ketakutan ini boleh menyebabkan bahaya kepada individu tersebut seperti berlari melintas jalan raya kerana takutkan anjing.
4.      Peneguhan yang kurang sesuai
Tingkah laku bermasalah ada kalanya dikukuhkan secara tidak sengaja. Tindak balas semula jadi kita secara serta merta terhadap tingkah laku tertentu ada kalanya menjadikan tingkah laku itu lebih teruk. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang enggan makan ubat akan dipujuk serta dijanjikan dengan beberapa ganjaran oleh ibu dan bapanya. Oleh itu, kanak-kanak itu akan sengaja enggan makan ubat kerana mahukan perhatian daripada ibu bapanya.
5.      Kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad
Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa kadar tingkah laku bermasalah yang tinggi di kalangan kanak-kanak yang kurang berkomunikasi berbanding kanak-kanak yang boleh berkomunikasi dengan baik.
6.      Kesukaran tugasan
Kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak melakukan kesilapan dan mengalami kegagalan. Keadaan kekecewaan ini berkait rapat dengan masalah tingkah laku yang mereka tunjukkan.
7.      Aktiviti dan tahap rangsangan
Kekurangan aktiviti yang membina akan menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku. Sebagai contoh, guru bukan hanya setakat memberi mainan atau buku kepada muridnya tetapi perlu mengajar murid tersebut kemahiran yang perlu untuk melakukan aktiviti tersebut.
8.      Kesihatan dan perubatan
Kesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan dengan keadaan kesihatan tertentu boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan boleh menyebabkannya berkelakuan kurang sesuai.
9.      Jangkaan tingkah laku
Ada kalanya ibu bapa atau guru menjadi letih dengan tingkah laku kanak-kanak-kanak dan membiarkannya berkelakuan sedemikian dengan anggapan bahawa tingkah laku itu akan hilang dengan sendirinya. Jangkaan terhadap tingkah laku kanak-kanak tersebut adalah rendah daripada yang sepatutnya. Sebenarnya mereka ini terperangkap dengan anggapan bahawa itulah sifat kanak-kanak tersebut dan tidak boleh diubah lagi (the way he/she is).


TEKNIK MODIFIKASI TINGKAHLAKU
  Positif dan peneguhan Negatif
Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai yang diberi sebaik saja wujunya tingkah laku operan itu. Peneguhan boleh berupa positif dan negatif.
1.      Peneguhan Positif
Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang.. peneguhan positif yang dimaksudkan ini adalah keberangkalian yang berulang tingkah laku operan yang diingini atau tidak ditambah .Peneguhan positif digunakan sebagai Ganjaran untuk mendorong murid-murid memberi tumpuan semasa belajar.seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya.peneguhan positif ini adalah satu proses dimana guru akan cuba mengawal tingkah lakumurid dengan memberi motivasi ,hadiah dan sentuhan serta kata-kata perangsang yang dapat memperbaiki diri atau mengubah tingkah laku muridnya.
Contoh Kesalahan tingkah laku ( minor ) : Mona  membuat bising sewaktu Cikgu Netty mengajar.Tindakan guru: Cikgu Netty memberi waktu 5-10 minit aktiviti bebas selepas sessi pengajaran tamat kepada mona jika dia dapat memberikan tumpuan sewaktu cikgu Netty mengajar. (Mona  boleh membuat apa sahaja aktiviti yang disuka dan diminati oleh Mona.
2.      Peneguhan Negatif
Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang lagi  supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi.peneguhan negatif ialah kebarangkalian berulangnya tingkah laku  operan ditambah dengan memindahkan atau menghapuskan stimuli yang mengganggu.Seperti menghalau seorang murid yang membuat bising dari kelas akan dapat menambahkan peluang murid-murid lain supaya meneruskan aktiviti pembelajaran mereka.
3.      Denda dan Peneguhan
Denda dilakukan unuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang. Dengan erti kata lain ialah menghentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik daraipada dilakukan lagi. Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat sahaja. Apabila individu terlupa, ia akan mengulangi semula perbuatan atau tingkah laku tersebut. Denda ialah tindakan yang dikenakan bertujuan untuk menghentikan tingkah laku negative ianya menggunakan hukuman atau memang ia diketahui oleh murid yang melanggar peraturan dan memastikan hukuman itu relevan danberpatutan. Guru juga boleh memberhentikan tingkah yang tidak diingini dengar menukarkan tempat duduk atau berjumpa selepas waktu belajar. MenurutSkinner denda hanya boleh memberi kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.Selepas itu biasanya murid itu akan mengulanginya semula.
4.      Reverse Psychology
Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Ia bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah laku negatif dan beralih kepada tingkah laku positif. Merupakan Teknik psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negatif kepadapositif . Ianya memerlukan guru mahir dalam memahami psikologi murid yangberkenaan, serta mengenali sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya.Tujuannya ialah untuk menginsafkan murid .
5.      Shaping
Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur. Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan yang diberi secara beransur-ansur dekat kepada tindak balas yang diharapkan.



6.      Token Economy
Ia merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang diidamkan seperti point merit, markah, peratus. Kebiasaannya ia digunakan di sekolah-sekolah berasrama penuh bagi pengukuhan disiplin murid.  Guru juga boleh menggunakan sistem tokan untuk mengawal tingkahlakumurid-muridnya supaya mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran tanpa apa-apa gangguan.Contoh Kesalahan tingkah laku yang serius ( Kronik) Leni seringkali melakukan kesalahan ponteng kelas.Tindakan guru : Cikgu Malik akan memberi kad-kad berwarna :Warna Merah = 10 Markah (Hadir) & Warna Hijau = 0 Markah(Ponteng) Jika dapat mengumpul kesemua kad warna merah  dalam sebulan, kad warna hijau tersebut akan diganti kepada barangan bersesuaian dengan
7.      Kontrak ( Lisan atau Bertulis )
Melalui cara ini ia dapat memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif secara perjanjian lisan atau bertulis. Melalui cara ini ia dapat memodifikasikan tingkah lakunegatif kepada tingjak laku positif dengan melafazkan perjanjian lisan mahupun bukan lisan.membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku nagatif kepada positif. Seperti membuat kontrak formal dengan guru besar dapat menyakinkan murid bahawa dia akan  dikenakan tindakan yang berat sekiranya melakukan kesalahan.
Contoh Guru juga boleh membuat kontrak dengan murid-muridnya supaya merekamenunjukkan tingkahlaku yang baik dengan membuat satu konrak lisan atau bertulis yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak serta ditandatangani.
Contoh Kesalahan tingkah laku ( kronik ) : Amirah telah menconteng dinding kelas dimana cikgu telah  membuat surat perjanjian  bertulis supaya amirah tidak mengulanginya  untuk menyatakan Amirah tidak akan mengulangi perbuatan menconteng dinding kelas dan amirah  akan menandatangani surat perjanjian tersebut.

8.      Tindakan Tanpa Lisan
Tindakan guru kepada pelajar tanpa mengeluarkan kata-kata contoh kesalahan tingkah laku major seperti Nizila menjadi semakin bising dan mengusik rakan-rakannya.tindakan guru natasya  dengan memukul meja dan papan hitam dengan kuat untuk menarik perhatian murid tadi.pengiktirafan ini serta merta satu teknik pengurusan yang dapat menarik perhatian murid tadi .Pengiktirafan serta merta ialah satu teknik pengurusan tingkahlaku bertujuan untuk menetapkan satu tingkahlaku yang baru dikalangan murid bermasalah. Murid akan mengantikan peranan guru dan secara tidak langsung akan membina sikap positif dalam diri mereka.ContohKesalahan tingkah laku ( minor ) : Bella tidak menyalin nota yang diberikan oleh guru.Tindakan guru : Cikgu Mamat mengarahkan Bella  menjadi guru sementara dihadapan menggantikan beliau menulis nota di papan hitam
9.      Hentian Sejenak 
Teknik lain yang boleh guru gunakan adalah dengan menghentikan pandangan mengajar sekejap jikalau ada murid  yang mempunyai tingkahlaku yang kurang sopan dan melanggar batas sebagai pelajar.Contoh Kesalahan tingkah laku yang serius an di anggap kesalahannya yang agak  ( kronik) dengan membaling batu atau kertas di dalam kelas sewaktu guru mengajar.Guru menjeling kearah murid dengan  pandangan yang  serius murid tersebut berhenti. 
10.  Time - out
Murid tidak dapat mengawal atau tidak membuat kerja rumah akan didenda dengan menggunakan  kaedah ini.contoh adalah keasalahan tingkah laku oleh pelajar yang bernama anisya tidak meyiapkan kerja sekolah bagi  (Subjek PendidikanIslam ) yang



LANGKAH MENANGANI MASALAH DISIPLIN
1.      Peranan kementerian pelajaran
Kementerian Pelajaran juga boleh mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menangani masalah disiplin pelajar di sekolah. Hal ini kerana pihak Kementerian Pelajaran mempunyai kuasa untuk menggubal peraturan baru bagi memperbaiki masalah disiplin pelajar. Kementerian Pelajaran juga mesti memantau keadaan disiplin pelajar di sekolah pada setiap masa. Tindakan Kementerian Pelajaran meminta kerjasama pihak polis dalam menangani disiplin pelajar adalah tindakan yang baik. Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran hendaklah mengambil tindakan yang tegas kepada pihak pentadbiran sekolah yang cuba menyembunyikan masalah disiplin pelajar di sekolah mereka.
2.      Peranan ibu bapa
Di samping itu, pihak ibu bapa juga perlu membantu pihak sekolah mengatasi masalah disiplin pelajar kerana banyak masa pelajar dihabiskan di rumah bersama ibu bapa. Justeru, ibu bapa perlu memberikan nasihat yang sewajarnya kepada anak mereka untukmengamalkan nilal-nilai murni di sekolah dan tidak melanggar peraturan sekolah. Di samping itu, ibu bapa juga mesti bertanyakan anak-anak tentang masalah yang dihadapi di sekolah dan cuba membantu mereka untuk menyelesaikannya.
3.      Peranan pelajar sendiri
Selain itu, pelajar itu sendiri mestilah mengamalkan nilai-nilai murni ketika berada di sekolah. Antara nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh pelajar ialah baik hati, bertolak ansur dan mematuhi peraturan sekolah. Jika semua pelajar mengamalkan nilai murni, maka tiadalah masalah disiplin di sekolah. Pelajar juga mesti sedar tanggungjawab mereka kepada sekolah dan ibu bapa. Selain itu, didikan agama yang kukuh pasti dapat membantu pelajar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.



4.      Peranan pihak sekolah
Dalam mengatasi masalah disiplin pelajar, pihak sekolah patut memainkan peranan utama. Pihak sekolah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya di atas masalah disiplin di sekolah. Pihak disiplin sekolah mesti berfungsi dengan baik dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Pelbagai program mesti diadakan untuk menangani masalah displin pelajar seperti mengadakan program membentuk pelajar cemerlang, pelajar bersahsiah dan pelajar cemerlang dalam akademik. Selain itu, pihak sekolah juga boleh meminta bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PlBG) dalam menangani masalah disiplin pelajar.

RUMUSAN BAB 8
Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Tingkah laku terbahagi kepada dua jenis iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku negatif merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Mereka ini kebiasaannya suka mengganggu rakan lain dan sering memberontak dalam kelas.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah tingkah laku iaitu persekitaran iaitu keluarga dan sekolah. Selain itu, budaya yang tidak konsisten dan bertentangan dengan kehendak amalan serta kehendak budaya sejagat. 





Laporan dan poster kumpulan 7

Sila klik link di bawah untuk melihat laporan kumpualn. https://drive.google.com/file/d/1gm5ltrJFmqyJzHlZsUI5RDW7m9KK1 gaa/view?u...