Bab 5
Pengurusan Bilik Darjah
DEFINISI PENGURUSAN BILIK
DARJAH
v Pengurusan bilik darjah
merujuk kepada kebolehan guru mengawal murid-murid bagi memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
v Guey R. Lefroncis (1999), pengurusan
bilik darjah merupakan sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti
guru yang dirancang dengan tujuan memudahcarakan pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah, merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan
tempat duduk dan memperuntukkan masa pelajaran.
v Alberto & Trroutman
(1986), mendefinisikan
pengurusan bilik darjah sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber
pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang
sesuai untuk pembelajaran.
v Richards (1990), mentafsirkan pengurusan
bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku,
pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya
pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
v Pengurusan bilik darjah juga
merupakan satu proses pergerakan yang memerlukan kerjasama dan campur tangan
dari ahli organisasi tersebut bagi mencapai matlamat mereka sendiri dan
tugasnya adalah:-
Merancang
|
Mengarah
|
Memimpin
|
Mengawal
|
CIRI-CIRI PENGURUSAN BILIK
DARJAH ABAD KE-21
v
Kepimpinan sekolah
v
Pedagogi guru
v
Sokongan ibu bapa
v
Penglibatan murid
v
Sumber (media tools)
v
4 Cs:-
²
Creativity
²
Collaboration
²
Communication
²
Critical thinking
ILMU MENGURUS BILIK DARJAH
Di
dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai
pengurus yang mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya
menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal
bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-bahan pengajaran dan
sebagainya. Oleh itu, guru memerlukan ilmu yang khusus dalam mengurus keadaan
bilik darjah supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan lancar. Antara ilmu pengurusan bilik darjah yang perlu dikuasi oleh
seseorang guru ialah ilmu pengurusan fizikal, ilmu pengurusan bahan-bahan
pengajaran dan ilmu pengurusan disiplin murid.
Ilmu
Pengurusan Fizikal
Ilmu pengurusan fizikal ini merujuk kepada
iklim dan persekitaran bilik darjah. Ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal
seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah.
Hal ini demikian kerana suasana fizikal mampu menggalakkan atau menghalang
pembelajaran. Oleh sebab itulah, suasana fizikal bilik darjah harus dapat
dikawal atau ditentukan oleh guru. Tujuan utama guru penguasai ilmu ini adalah
bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa serta keadaan fizikal bilik
darjah yang kemas, bersih dan teratur.
Ilmu
Pengurusan Bahan-Bahan Pengajaran
Kejayaan guru sebagai seseorang pengajar
bergantung kepada perancangan pengajarannya. Oleh itu, sebelum memulakan proses
pengajaran dan pembelajaran, guru perlu merancang isi pelajaran yang bakal
disampaikan olehnya. Ini kerana perancangan yang baik menjamin kejayaan
pengajaran dan pembelajaran serta objektif sebenar akan tercapai. Antara
perkara yang perlu dititikberatkan semasa mengurus bahan pengajaran ialah:
i.
Persediaan awal : persediaan awal merujuk
kepada persediaan yang dilakukan oleh guru sebelum memulakan proses pengajaran
dan pembelajaran. Guru perlu mengenalpasti sumber atau bahan pengajaran sama
ada daripada buku teks, rujukan, lampiran, nota, internet dan sebagainya.
ii.
Isi pelajaran telah disusun : guru perlu mengenalpasti
tajuk mana yang bakal diajar. Guru perlu menggariskan sesuatu tajuk itu
daripada bab mana, sub topik, perenggan mana dan sebagainya bagi memastikan
pelajar dapat menangkap apa yang sebenarnya ingin disampaikan oleh guru.
Sebagai contoh, jika seseorang guru sains ingin mengajar sains maka beliau
perlu memastikan bab mana yang bakal diajar, tajuk besar, sub topik dan halaman
berapa.
iii. Penggunaan alat bantu
mengajar : guru perlu menguasai kemahiran teknologi bagi
memastikan mutu pengajaran berjalan seiring dengan arus peredaran masa. Bagi
memastikan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan guru
perlu menggunakan Alat Audio Visual (LCD), komputer, televisyen dan boleh
membaca peta, melukis gambar rajah dan sebagainya.
Ilmu
Pengurusan Disiplin Murid
Dalam
memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkesan semua aspek disiplin
perlulah diambil peduli oleh semua guru. Guru bertanggungjawab untuk menentukan
peraturan, mengawal murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah dan
menghukum murid-murid yang melanggar peraturan. Dua ciri disiplin guru yang
boleh dipraktikkan oleh guru ialah :
v Autokratik : merujuk kepada kuasa guru
yang mutlak dalam mengawal, mengarah, menguasai dan menghukum berpandukan
peraturan bahawa kesalahan yang dilakukan wajib dihukum.
v Menghukum :
merujuk kepada kuasa guru
mendenda murid-murid yang melanggar peraturan.
PERSEKITARAN BILIK DARJAH
YANG SESUAI BAGI SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
v Pastikan lalu lintas dalam
bilik darjah tidak sesak
v Pastikan semua pelajar dapat
dilihat oleh guru
v Pastikan pelajar mudah lihat
dan dengar penyampaian guru
v Ruang dan tempat yang sesuai
untuk guru berdiri semasa mengajar
v Bahan pengajaran untuk guru
dan murid mudah didapati
v Papan buletin untuk pamer
hasil kerja murid dan bahan pengajaran dan pembelajaran
v Penggunaan ruang perabot dan
alatan disusun teratur
FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI PENGURUSAN BILIK DARJAH
v Penyusunan kerusi dan meja
murid mengikut kumpulan seperti kelas KBSR akan memudahkan interaksi di antara
murid dengan guru dan guru dengan murid.
v Suasana bilik darjah yang
dihiasi dan diatur dengan kemas dengan pelbagai carta, poster, gambar untuk
menggalakkan aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
v Saiz bilik darjah yang
mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada
murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan aktiviti permainan.
STRATEGI MENGURUS BILIK
DARJAH
Pendekatan
yang boleh menarik minat pelajar :
Pendapat Ee Ah Meng (1997),
menyatakan bahawa guru-guru akan dapat menimbulkan minat murid-murid terhadap
pelajaran yang disampaikan jika pengajaran mereka menggunakan pelbagai
rangsangan seperti nada suara yang berubah-ubah, carta yang menarik, pita
rakaman, video dan permainan. Melalui aktiviti ini, guru akan dapat menimbulkan
dan mengekalkan minat murid-murid terhadap pengajarannya. Guru juga seharusnya
pandai mengaitkan pelajaran dengan minat, perasaan ingin tahu dan ingin
meneroka pada murid-murid.
Menurut
smith (1969), untuk melahirkan pengajaran yang berkesan, guru mestilah memahami
tentang isi kandungan mata pelajaran yang akan di ajar dan yang seterusnya
kefahaman mengenai disiplin-disiplin yang telah melahirkan mata pelajaran yang
diajar. Dalam erti kata lain kefahaman yang pertama adalah perlu untuk mengajar
apa jua mata pelajaran, manakala kefahaman kedua adalah untuk mendalami
pengetahuan yang perlu dari segi intelek dan kebolehan menggunakan isi
kandungan pengajaran tersebut. Pengajaran guru mestilah jelas dan mudah
difahami pelajar agar dapat menarik minat pelajar untuk terus mengikuti
pengajaran guru.
Peranan guru di dalam bilik darjah:
Di
dalam mengurus bilik darjah, seseorang guru berperanan besar bagi memastikan
suasana bilik darjahnya bersifat kondusif dan selesa sesuai untuk dijalankan
proses pengajaran dan pembelajaran.
Seorang
guru perlu mempelajari atau mengenali tentang murid yang ada di dalam bilik
darjahnya. Ia bukan sekadar mengetahui nama muridnya sahaja tetapi lebih dari
itu ia perlu mengetahui latar belakang muridnya, tahu siapa ibu bapa mereka
serta mengenali mereka. Dengan memiliki maklumat ini, akan memudahkan bagi guru
untuk merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru
juga merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian bagi tempoh satu-satu
sesi pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah
menarik dan kondusif. Usah dipandang remeh soal lampu atau kipas yang tidak
berfungsi kerana ia sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan murid untuk
menerima pelajaran. Begitu juga dengan hiasan bilik darjah dan soal kebersihan
perlu diberi perhatian. Dan lebih penting ialah susunan atau susun atur bilik
darjah mestilah sesuai kerana ia akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran
guru.
Bagi
menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjahnya,
seseorang guru hendaklah merancang objektif serta aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Guru sebagai perancang hendaklah memikirkan objektif satu-satu
pelajaran serta kaedah pengajaran yang akan digunakan. Guru hendaklah mengambil
kira kebolehan dan minat murid-muridnya ketika membuat perancangan pengajaran.
Di peringkat ini, guru juga merancang tentang cara menilai muridnya sama ada
menggunakan ujian, lembaran kerja ataupun projek.
Malah
guru juga berperanan sebagai pegawai perhubungan awam semasa di dalam kelas
apabila berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga murid yang datang untuk
bertanya tentang pencapaian anak-anak mereka. Guru juga melayan ibu bapa atau
penjaga murid sebagai pelanggan yang inginkan maklumat tentang pencapaian
anak-anak mereka selepas sesuatu ujian atau peperiksaan diadakan.
RUMUSAN BAB 5 : PENGURUSAN
BILIK DARJAH
Pengurusan bilik darjah merujuk kepada
kebolehan guru mengawal murid-murid bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar. , Pengurusan bilik darjah juga merupakan
sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang
dengan tujuan memudahcarakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,
merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan
memperuntukkan masa pelajaran.
Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru
juga memainkan peranannya sebagai pengurus yang mengurus rutin bilik darjah,
mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas,
mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus
bahan-bahan pengajaran dan sebagainya. Oleh itu, guru memerlukan ilmu yang
khusus dalam mengurus keadaan bilik darjah supaya aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Antara ilmu pengurusan bilik
darjah yang perlu dikuasi oleh seseorang guru ialah ilmu pengurusan fizikal,
ilmu pengurusan bahan-bahan pengajaran dan ilmu pengurusan disiplin murid.
Selain itu, faktor-faktor yang mempengaruhi
pengurusan bilik darjah ialah penyusunan kerusi dan meja murid mengikut
kumpulan seperti kelas KBSR akan memudahkan interaksi di antara murid dengan
guru dan guru dengan murid. Seterusnya suasana bilik darjah yang dihiasi dan
diatur dengan kemas dengan pelbagai carta, poster, gambar untuk menggalakkan
aktiviti pembelajaran dan pengajaran juga faktor dalam mengurus bilik darjah.
Faktor yang terakhir ialah saiz bilik darjah yang mempunyai ruang yang cukup
untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti
kumpulan dan aktiviti permainan.
Terdapat pelbagai strategi untuk mengurus bilik
darjah. Antaranya adalah Pendekatan yang boleh digunakan bagi menarik minat
pelajar. Guru-guru akan dapat menimbulkan minat murid-murid terhadap pelajaran
yang disampaikan jika pengajaran mereka menggunakan pelbagai rangsangan seperti
nada suara yang berubah-ubah, carta yang menarik, pita rakaman, video dan
permainan. Melalui aktiviti ini, guru akan dapat menimbulkan dan mengekalkan
minat murid-murid terhadap pengajarannya.
No comments:
Post a Comment