NAMA : NUR AIN ATHIRAH BINTI ABDULLAH
NO MATRIK : D20171078095
KOS : AT-19 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
(PENDIDIKAN KHAS ) DENGAN KEPUJIAN
FAKULTI : FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA (FPM)
Teknik
Mengurus
Pembelajaran
Guru
yang professional haruslah mampu menguasai dan mengurus 7 jenis pengetahuan
dari segi pelajar, pedagogi, kurikulum, konten pedagogi, kandungan mata
pelajaran, konteks pendidikan di Malaysia dan tujuan serta falsafah pendidikan
di Malaysia. Pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan
mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain
untuk mencapai matlamat yangditentukan (Stoner,1984).
Pengurusan
merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk
mencapai matlamat (Robbins,1984) dan pengurusan juga mencakupi bagaimana
sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan
digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur,1988). Menurut Fryetal, (2003) pembelajaran adalah
perubahan yang berlaku dalam perlakuan pelajar yang dididik hasil daripada
penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan. Bower dan Hilgard, (1981) pula menyatakan bahawa pembelajaran
merupakan perubahan tingkah laku secara kekal. Pembelajaran mesti
diterjemahkan kepada tingkah laku yang boleh diperlihatkan.
Menurut
Abd Rahim Abd Rashid (2001), pengurusan organisasi sekolah perlu kreatif dan
inovatif bagimembentuk sesebuah sekolah organisasi yang dinamis- pengetahuan
baru, budaya saintifik, penyebaranteknologi maklumat dan pembangunan potensi
manusia.Namun,menurut Senge (2000), sekolah merupakan institusi yang paling
lambat berubah, masihkonservatif dan mengekalkan amalan tradisional yang tidak
sesuai dengan kehendak semasa.Lantaran itu, pengurusan strategik di kalangan
pengurus di sekolah-sekolah amat penting bagi mewujudkan sekolah yang berkesan.
Berdasarkan falsafah pendidikan guru iaitu:‘
guru
yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menyanjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembanganindividu dalam memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif danberdisiplin’.
Dalam
falsafah di atas, matlamat pendidikan guru adalah menghasilkan guru
yang berkualiti dari segi peribadi , profesional, sosial dan amalan
tingkah laku, menguasai ilmu,kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta
berupaya mencapai kecemerlangan dalammenangani tuntutan pengisian wawasan
pendidikan dalam abad ke-21 (Mook Soon Sang,1998).Selain daripada itu juga,
guru perlu memperlengkapkan diri dengan tiga aspek asas yangtermaktub dalam
Model Konseptual Pendidikan Guru iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai
(Mook Soon Sang, 1998). Pengetahuan yang dimaksudkan
di sini ialah bermaksud guru perlu mempunyai pengetahuan
tentang perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan.
Bagi
aspek kemahiran, guru perlu mempunyai kemahiran ikhtisas yang merangkumi
kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran. Bagi aspek nilai pula, ianya merujuk kepada
amalan nilai-nilai murni dan perlakuan guru. Di samping itu, model ini
juga menekankan matlamat mengembangkan potensi gurusecara seimbang dan
bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani. Jadi sebagai seorang
guru, ketiga-tiga aspek ini perlu ada dalam diri setiap individu dalam
melahirkan guru yang tinggi nilai profesionalismenya dan seterusnya
memartabatkan lagi profesion perguruan itu sendiri.
Kebanyakan
guru sekarang ini, memilih profesion perguruan bukan kerana
minatnya terhadap bidang ini tetapi berdasarkan beberapa faktor.
Menurut kajian Muhamad Sani et al. (2002) dalam Siti Zafirah (2008) pula
mendapati ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara mara merupakan faktor yang
mempengaruhi pemilihan kerjaya perguruan. Oleh sebab itu, guru pada masa
sekarang kurang bermotivasi dan kurang berkemahirandalam menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru perlu memainkan peranan
sebagai pendidik yang menghayati aspek profesionalisme dan berketerampilan
bagi membolehkan Malaysia bersaing di peringkat antarabangsa dan mewujudkan
satu pendidikan yang dinamik.
Terdapat
beberapa teknik mengurus pembelajaran yang boleh dilaksanakan oleh guru di
sekolah berdasarkan pengajaran abad ke-21. Pengajaran abad ke 21 ialah, proses
pembelajaran yang berpusatkan murid, berteraskan elemen komunikasi,
kolaboratif, pemikiran kritis dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan
etika. Kemahiran abad ke-21 seperti yang digariskan oleh Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) juga melibatkan tiga tonggak utama iaitu kemahiran
literasi, pembelajaran dan kehidupan. Tiga kemahiran abad ke-21 yang perlu
pelajar kuasai ialah kemahiran maklumat dan komunikasi, kemahiran berfikir dan
menyelesaikan masalah dan kemahiran interpersonal dan arah kendiri.
Guru sendiri sebagai pendidik perlulah
mempersiapkan diri dengan tiga kemahiran ini bagi memastikan kemahiran dan
pengetahuan yang dimiliki setanding dan mampu membantu pembelajaran pelajar.
Kemahiran literasi menekankan keupayaan guru dan pelajar untuk menguasai bidang
informasi, media dan penggunaan teknologi. Guru haruslah mempunyai literasi
terhadap akses maklumat dan media yang semakin canggih seperti perisian
GeoGebra, Rstudio, Matlab dan Geometre’s Sketch Pad (GSP) bagi membantu pelajar
mendapatkan ilmu dengan lebih meluas dan memberi pendedahan lebih terhadap
pengetahuan am dan teknologi.
Antara
kemahiran kehidupan yang dihasratkan untuk dipupuk dalam diri setiap individu
pelajar di Malaysia melalui sistem pendidikan negara ialah fleksiibiliti, daya
usaha, keterampilan, produktif dan mempunyai kemahiran sosial. Pelajar yang mempunyai kemahiran interpersonal mampu
membina imej serta mempromosikan diri dalam dunia kerjaya yang semakin tinggi
persaingan. Dengan adanya tiga kemahiran abad ke-21 ini, sistem pendidikan
pastinya akan berupaya untuk melahirkan sumber tenaga manusia berkualiti yang
mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
Beberapa ciri penting yang menunjukkan bahawa susunan
itu adalah susun atur bilik darjah abad ke-21 ialah mesti merupakan susun atur
yang membolehkan pelajar melibatkan diri dengan aktif semasa sesi PdP
berlangsung, membina ruang autonomi pembelajaran dan menselarikan ruang
pembelajaran fizikal dengan ruang pembelajaran mental. Contoh aktiviti yang
boleh dijalankan di dalam kelas ialah, ‘think
pair share, round table, gallery work, hot seat dan stay-stray’.
Pembelajaran yang efektif ialah, Guru dapat
menggunakan masa sesingkatnya dengan hasil yang tinggi. Penerapan standard
pembelajaran dinyatakan efektif jika menggunakan kaedah yang pelbagai.Guru juga
perlulah mengetahui cara mengurus pembelajaran yang efektif iaitu sebelum
memulakan pembelajaran, semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran (pdpc)
dan selepas menjalankan Pdpc. Selepas selesai ketiga-tiga cara ini, penilaian
perlu dilakukan untuk melihat prestasi murid sama ada meningkat ataupun
sebaliknya. Dengan penilaian
ini, guru dapat mengenal pasti keberkesanan pengajaran guru supaya membolehkan
guru memperbaiki pengajaran selanjutnya serta boleh mengambil tindakan susulan untuk mengatasi
kelemahan & meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulannya, usaha kerajaan untuk memurnikan
pembelajaran abad ke-21 adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap keberhasilan
pelajar. Banyak sekolah yang tidak Berjaya mengimplimentasikan PAK21 secara
menyeluruh disebabkan beberapa halangan dan ancaman seperti mempunyai capaian
internet yang perlahan, kekangan masa guru dan kekurangan fasiliti bilik darjah
itu sendiri. Capaian internet yang perlahan menghadkan sumber bahan bantuan
mengajar dan untuk guru merancang PdP yang menarik dan pelbagai. Pelbagai cara
boleh dijalankan bagi mengatasi kelemahan sekolah dalam melaksanakan PAK21.
Antaranya ialah dengan memberi pendedahan bahan kursus kepada guru agar para
guru ini mempunyai panduan dan mampu untuk menjadi lebih mahir dan
berpengetahuan mengenai cara pelaksanaan PAK21. Pemantauan secara berkala dan
berterusan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga penting bagi
memastikan pihak sekolah dan guru tidak lalai serta rajin untuk bekerja lebih merancang
aktiviti PdP yang pelbagai. Peranan guru adalah sangat penting dalam memastikan
kelangsungan pelaksanaan PAK21 dalam bilik darjah.
No comments:
Post a Comment