NORSYAMIM IZZATI BINTI BASARUDDIN
D20171077972
ISMP EKONOMI RUMAH TANGGA
FAKULTI TEKNIKAL & VOKASIONAL
Bab 6 :
Pengurusan
Sumber
Definisi Pengurusan Sumber
Pengurusan Sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi
menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan
pemuliharaan.
Dessler (1997), telah mentakrifkan konsep ini sebagai suatu bentuk
hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang
strategik. Konsep ini lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara
sesebuah organisasi mengurus dan mentadbir sumber manusia.
Pengurusan
i.
Pengurusan ialah melibatkan proses
perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli organisasi
dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai
matlamat organisasi.
ii.
Proses perancangan - sesebuah
organisasi seperti institusi pendidikan merujuk kepada tujuan dan objektif yang
telah dikenalpasti di awal perancangan sesuatu program.
iii.
Penyusunan - melibatkan kerja
menstruktur organisasi dan kakitangan orgnisasi.
iv.
Pengarahan - dilaksanakan untuk
memastikan semua aktiviti organisasi berjalan dengan teratur, lancar serta
dalam suasana harmoni.
v.
Pengawalan - membabit beberapa
perkara penting seperti mengenalpasti masalah dalam penyusunan dan
langkah-langkah penyelesaian tertentu yang mesti diambil kira.
Sumber
i.
Sumber merupakan bahan-bahan yang
digunakan manusia yang terdapat disekeliling kita. Sumber juga merupakan satu
set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan bertujuan untuk membolehkan
dan memudahkan pembelajaran seseorang pelajar. Sumber terbahagi kepada 3 iaitu
sumber primer, sumber sekunder dan sumber tertier.
ii.
Sumber primer bermaksud hasil kerja
asal yang memberikan pengetahuan baru atau meningkatkan kemajuan ke atas
pengetahuan sedia ada terhadap sesuatu perkara yang merupakan asas kepada
sumber sekunder atau tertier. contohnya ialah tesis, jurnal dan prosiding.
iii.
Sumber sekunder bermaksud sumber
yang memberikan akses kepada sumber primer melelui perkhidmatan abstrak dan
indeks. Rujukan adalah dalam format bibliografi yang diterbitkan dan contohnya
adalah nota kaki dan juga glosari.
iv.
Sumber tertier dikenali sebagai
sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah diterima umum dari sumber-sumber
primer. Boleh didapati dalam bentuk buku teks, data, ulasan artikel dan juga
laman web.
Kepentingan Sumber
1. Media komunikasi
·
Komunikasi melibatkan penyampaian
dan penerimaan maklumat
·
Disalurkan melalui media tertentu
seperti media cetak dan tayangan video
·
Guru sebagai pengirim dan murid
sebagai penerima
2. Sebagai ransangan
·
Murid lebih minat belajar
·
Bahan sebagai ransangan utama murid
·
Memahami sesuatu dengan lebih
mendalam
·
Tumpuan murid lebih kepada
perkara-perkara yang menarik bermaknsa dan penting
3. Penjelasan makna dan konsep
·
Dapat menjelaskan makna dan konsep
menggunakan sumber
·
Boleh diguna diluar dan di dalam
bilik darjah
·
Seperti siaran langsung atau
rakaman-rakaman peristiwa sebenar spt radio dan televisyen
·
Mengembangkan corak pemikiran murid
4. Penggerak penggunaan pelbagai media
·
Melibatkan pelbagai deria iaitu
deria rasa, dengar, lihat, sentuh dan bau
·
Guru perlu menggunakan pelbagai
sumber dan bahan supaya deria-deria ini boleh digunakan
·
Deria lebih banyak digunakan dalam
aktiviti pembelajaran
5. Sumber pengalaman
·
Memberi pengalaman langsung dan
tidak langsung
·
Pengalaman memberi kesan mendalam
terhadap proses pembelajaran murid.
·
Lebih banyak belajar melalui
pengalaman sendiri berbanding maklumat yg diperoleh
·
Untuk memastikan apa yg diajar kekal
lama dalam ingatan murid
Jenis-Jenis Sumber Yang Difokuskan
Pusat Sumber
Pertama :
1) Perpustakaan
1) Perpustakaan
i.
Konsep Pusat Sumber
Pusat sumber sekolah merupakan satu pusat yang memuatkan koleksi
maklumat dan suber – sumber ilmu dahulu dan kini untuk digunakan oleh pelajar.
Pusat sumber juga merupakan satu tempat untuk mengakses maklumat bersepadu yang
mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan bercetak, bukan
bercetak dan digital. Pusat sumber perlu diurus secara sistematik agar dapat
menarik minat pelajar dan bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dan
pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
ii.
Objektif Pusat Sumber
·
Mengumpul, menyusun, menyimpan dan
mengedarkan pelbagai ilmu dan sumber .
·
Mempertingkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran di kalangan guru dan pelajar mereka.
·
Melatih para pelajar menggunakan
perkhidmatan mengesan maklumat, membuat rujukan, dan menggunakan peralatan.
·
Memberi pelbagai jenis kemudahan
kepada guru dan pelajar untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
·
Menyebar maklumat terkini yang
berkaitan dengan aktiviti pendidikan
iii.
Fungsi Pusat Sumber
·
Menyediakan dan mempromosi bahan
bacaan dan sumber yang berkualiti.
·
Berperanan sebagai tempat untuk
memperkembangkan kurikulum dan kokurikulum institusi pendidikan.
·
Sebagai pusat interaksi di antara
guru dan pelajar – pelajarnya.
·
Sebagai tempat penerangan, penyebaran
maklumat serta sumber dan tempat untuk memperolehi alat dan bahan pelajaran dan
pengajaran.
·
Menganjurkan aktiviti galakkan
membaca, pameran, pertandingan akademik dan sebagainya.
Pusat Sumber
Kedua:
2) Makmal Sains
2) Makmal Sains
Definisi : makmal sains adalah salah satu bilik mata pelajaran khas
yang dibina untu pengajaran pembelajaran amali sains. Dibina dengan tujuan
untuk melakukan aktiviti dan eksperimen sains di bawah keadaan yang terkawal.
Melalui aktiviti penyiasatan dan penemuan secara amali dalam makmal sains,
pelajar dapat mengamalkan ilmu dan kemahiran sains dengan lebih berkesan.
i.
Kepentingan makmal sains
·
Memastikan p&p mata pelajaran
sains lebih efektif kerana sesuatu konsep itu akan lebih mudah difahami dengan
‘membuat’ bukan setakat mendengar
·
Mengembangkan kemahiran saintifik
yang meliputi kemahiran proses sains serta kemahiran manipulatif
·
Membolehkan eksperimen dijalankan
dengan selamat dan berkesan, dengan menyediakan tempat yang sesuai
·
Memperkembangkan lagi semangat ingin
tahu dan minat terhadap sains dan membentuk serta mengamalkan sikap saintifik
dan nilai murni
·
Memberikan ruang yang lebih kondusif
dan sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran sains pada setiap peringkat sekolah
persekolahan
ii.
Aspek utama dalam pengurusan makmal
sains
·
Keceriaan makmal sains
·
Penggunaan dan penyimpanan peralatan
dan bahan
·
Keselamatan makmal sains
iii.
Tindakan guru sains semasa
kemalangan berlaku dalam makmal sains
·
Mengenalpasti jenis kemalangan yang
berlaku
·
Jika di luar kemampuan diri dalam
menyelamat mangsa, eloklah meminta orang lain yang berpengalaman
·
Jika kecederaan teruk, minta ketua
darjah laporkan kepada pihak pentadbir sekolah
·
Bagi kemalangan besar, hubungi
ambulans dan bantuan doktor perubatan dengan segera
·
Memberitahu ibu bapa pelajar yang
berkenaan
·
Guru harus merekod dan melaporkannya
kepada pihak pentadbir sekolah.
Pusat Sumber
Ketiga:
3) Makmal Komputer
3) Makmal Komputer
Makmal komputer merupakan salah sebuah tempat di mana di dalamnya
mempunyai beberapa buah komputer untuk kegunaan pelajar. Makmal komputer juga disediakan
untuk pelajar-pelajar zaman sekarang ini mengenal tentang peralatan komputer
serta kegunaannya. Didalam makmal komputer tersebut pula terdapat rangkaian
lain untuk pelajar-pelajar melayari internet untuk mencari bahan-bahan
pembelajaran.
Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer
i.
Pengurusan Makmal Komputer
Bidang pengurusan makmal
komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti
keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan
pengguna dan peraturan makmal komputer. Pengurus makmal komputer perlu sentiasa
memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna
makmal komputer pada setiap masa.
ii.
Peraturan Makmal Komputer
·
Pengguna tidak dibenarkan masuk ke
dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru.
·
Kemaskan makmal komputer sebelum
keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas.
·
Laporkan sebarang kerosakan dengan
segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer.
·
Pastikan alat pemadam api ada dan
berfungsi.
·
Pengguna dikehendaki sentiasa
menjaga kebersihan makmal komputer.
iii.
Senarai Keselamatan Pengguna
·
Meja komputer disusun dengan baik,
pastikan unit sistem diletak di tempat yang sesuai dan mempunyai ruang yang
mencukupi bagi semua alat peranti.
·
Duduk dalam keadaan selesa, kerusi
boleh dilaras mengikut keperluan pengguna dan duduk tegak untuk hindar dari
sakit pinggang.
·
Kabel-kabel komputer perlu
diletakkan di belakang komputer atau di tempat yang selamat dan jauh daripada
laluan pengguna.
·
Penapis cahaya monitor (glass
filter) boleh digunakan untuk keselesaan dan keselamatan mata pengguna.
·
Laraskan kedudukan monitor dengan
mata ; monitor harus 50 ke 60 cm jauh dari mata.
·
Selepas 2 jam menggunakan komputer
pengguna dinasihatkan berehat dan melihat kehijauan di luar untuk melegakan
pandangan mata.
iv.
Aspek Keselamatan Perkakasan
·
Jangan membawa keluar sebarang
perkakasan komputer dari makmal tanpa kebenaran.
·
Jika terdengar bunyi yang ganjil
atau terhidu sesuatu yang terbakar, kenalpasti komputer yang terlibat dan segera
putuskan bekalan kuasa di dinding yang bersambung ke komputer itu.
·
Komputer yang rosak perlu
diasingkan, dilabelkan dan dinyatakan perkara yang rosak untuk tindakan
seterusnya.
RUMUSAN BAB 6
Pengurusan sumber memainkan peranan yang amat penting dalam
mencapai tujuan ataupun matlamat. Pengurusan sumber yang cekap dan berkesan
akan menghasikan individu yang berkualiti, produktif dan seterusnya
meminimumkan masalah yang berkaitan dengan sumber masalah ini termasuklah
ketidakhadiran, ketidakpuasan kerja, pusing ganti pekerja dan sebagainya. OIeh
itu pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan
sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat
tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa yang dimaksudkan
dengan pengurusan sumber.
No comments:
Post a Comment